Connect with us

Berita Lain

MCA, MIC teliti tubuh perikatan baru


KUALA LUMPUR — MCA dan MIC bercadang meneroka  perikatan baharu selepas percaya kerjasama
dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) tidak lagi mencerminkan hasrat sebenar
perpaduan dalam kalangan parti.
Dalam kenyataan bersama hari ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr
Wee Ka Siong dan Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata asas BN dicabar
dan diancam kerana sifat saling menghormati sudah tiada selain pecahnya
perpaduan dalam kalangan parti komponen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sehubungan itu, MCA dan MIC tidak mempunyai pilihan
melainkan meneroka perikatan baharu bagi mencerminkan hasrat sebenar perpaduan
dalam kepelbagaian menurut hasrat asalnya. MIC dan MCA selaku wakil komuniti
masing-masing mengakui metamorfosis BN kepada bentuk sekarang telah ditolak
oleh komuniti mereka.
“Sehubungan itu, mereka menggesa pembubaran dan
penstrukturan semula untuk kembali kepada semangat dan hasrat asal,” demikian
menurut kenyataan itu.
Mereka juga berkata kenyataan bersifat perkauman oleh
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa ceramah politik di
Semenyih memburukkan lagi hubungan di antara tiga parti pengasas tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kenyataan bersifat rasis berulang kali oleh Mohamed Nazri
dilihat mewakili UMNO dan sikap berdiam diri parti itu meretakkan asas saling
menghormati yang dipertahankan oleh BN selama ini,” kata mereka, menambah
pelantikan Mohamed Nazri sebagai setiausaha agung itu sendiri tidak sah dan
tidak diiktiraf oleh MCA dan MIC.
Sehubungan itu, MCA dan MIC menggesa Dewan Tertinggi BN
segera mengadakan mesyuarat bagi memutuskan nasib gabungan tersebut memandangan
MCA pada mesyuarat agungnya 2 Dis lalu membuat resolusi pembubaran BN bagi
membentuk perikatan baharu, demikian menurut kenyataan tersebut.
Baru-baru ini Mohamed Nazri dikecam susulan kenyataannya
berhubung pelantikan bukan Melayu ke jawatan ketua hakim negara, peguam negara
dan menteri kewangan.
Beliau juga membuat kenyataan kematian anggota bomba Mohammed
Adib Mohd Kassim tidak diperjuangkan kerana peguam negara bukan Melayu.
Pada 25 Feb lalu, polis dilaporkan berkata mereka menyiasat
Mohamed Nazri menurut Akta Hasutan. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel