Connect with us

Berita Lain

Najib tiba-tiba ‘hilang’, perbicaraan terpaksa dihenti seketika


Prosiding rayuan Najib Razak di Mahkamah Rayuan hari ini dihentikan sekejap ekoran tindakan bekas perdana menteri itu yang keluar ke tandas tanpa memberitahu sesiapa termasuk peguamnya.
Ketika penghujahan lisan peguamnya Harvinderjit Singh, Hakim Zabariah Mohd Yusof yang mempengerusikan panel tiga hakim sedar Najib tiada di kamar mahkamah, lapor Malaysiakini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau bertanya Harvinderjit tentang perkara itu. Peguam itu kemudian berpusing dan melihat Najib tiada di tempatnya, dan memberitahu Zabariah beliau akan memeriksa perkara itu.
Zabariah kemudian memerintahkan prosiding ditangguhkan sekejap.
Ketika prosiding disambung dan Najib kembali semula, peguamnya Muhammad Shafee Abdullah memohon maaf kepada panel hakim.
“Kami mohon maaf, Najib tidak tahu (beliau perlu memaklumkan kepada mahkamah sebelum ke tandas).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Harvinderjit (berhujah) dengan cukup baik,” katanya berseloroh dan membayangkan semua orang tertumpu dengan penghujahannya sehingga tidak sedar Najib meninggalkan kamar.
Shafee memberitahu hakim bahawa beliau telah menjelaskan kepada Najib pentingnya untuk memberi isyarat kepada peguam untuk memastikan sama ada prosiding boleh dihentikan untuk membolehkannya ke tandas.
Ketika ditemui selepas prosiding, Shafee berkata Najib hanya menunjukkan ketertibannya.
“Dia bukan peguam. Dia fikir dia bertindak tertib dengan secara senyap meninggalkan kamar untuk tidak mengganggu prosiding. Dia tak tahu tak boleh keluar, walau seminit (tanpa minta kebenaran),” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahkamah Rayuan hari ini mendengar empat permohonan Najib berhubung kes SRC International.
Beliau berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah melibatkan RM42 juta wang syarikat berkaitan 1MDB itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel