Connect with us

Berita Lain

Penggal terakhir jadi ahli parlimen – Nurul Izzah



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mendedahkan hasratnya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk tempoh sepenggal sahaja.


Menurut laporan yang dipetik daripada Straits Times Singapura, anak perempuan sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kecewa dengan pentadbiran PH yang dilihat terlalu perlahan untuk melaksanakan perubahan dasar dan reformasi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya katakan bahawa ini ada penggal saya yang terakhir. Ini rancangan saya sekarang,” katanya.


Semalam, Nurul Izzah mengambil keputusan mengejutkan apabila meletakkan jawatannya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


Beliau dikatakan membuat keputusan berkenaan disebabkan tidak berpuas hati dengan pemilihan kepimpinan PAC.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Hal tersebut berlaku selepas Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Dalam pada itu, Nurul Izzah turut melahirkan kekecewaan terhadap obsesi kerajaan PH terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak memberi fokus terhadap isu sebenar.


Katanya, isu 1MDB hanya boleh digunakan buat sementara kerana selepas isu tersebut orang ramai mahukan keselesaan dan penambahbaikan dalam kehidupan seharian mereka.


Selain itu, beliau turut kecewa terhadap ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang yang menyertai PH secara beramai-ramai.


“Kita perlukan pembangkang yang kuat. Ini adalah situasi yang menyedihkan kerana saya percaya sistem dua parti penting untuk masa depan Malaysia,” ujarnya.


Pada Disember lalu, Nurul Izzah juga pernah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR termasuk jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang dan Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel