Connect with us

Berita Lain

Perdana Menteri Pakistan sambut ketibaan Tun Mahathir


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tiba di Islamabad pada
Khamis untuk lawatan rasmi tiga hari ke Pakistan.
Pesawat yang membawa pemimpin ulung dari Malaysia itu
mendarat di Pangkalan Tentera Udara Pakistan Nur Khan, Rawalpindi, dekat sini
kira-kira jam 7.50 malam waktu tempatan (10.50 malam tadi waktu Malaysia)

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketibaan Dr Mahathir disambut oleh Perdana Menteri Pakistan
Imran Khan.
Turut menyambut Dr Mahathir ialah Menteri Perancangan,
Pembangunan dan Pembaharuan Pakistan Makhdoom Khusro Bakhtiyar, Timbalan
Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk
Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.
Antara acara kemuncak lawatan ialah Dr Mahathir akan
dikurniakan anugerah “Nishan-e-Pakistan” atau Order of Pakistan, anugerah awam
tertinggi negara itu yang akan disampaikan oleh Presiden Pakistan Dr Arif Alvi
pada Jumaat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Mahathir juga akan menghadiri sambutan perbarisan Hari
Pakistan 2019 di Padang Perbarisan Shakar Parian di sini pada Sabtu sebagai
tetamu kehormat.
Perdana Menteri akan diberi sambutan rasmi di Prime
Minister”s House pada pagi Jumaat. Dr Mahathir akan disambut oleh rakan sejawatannya
dari Pakistan Imran Khan.
Selepas itu, kedua-dua perdana menteri akan mengadakan
mesyuarat empat mata disusuli dengan mesyuarat delegasi antara Malaysia dan
Pakistan.
Kemudian, Dr Mahathir dan rakan sejawatannya dari Pakistan
akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan ketua-ketua industri Malaysia dan
Pakistan di sebuah hotel di sini.
Kedua-dua pemimpin itu juga akan menyaksikan acara simbolik
majlis pecah tanah kilang pemasangan Proton di wilayah Sindh. Dr Mahathir dan
Imran Khan juga akan menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman dan
perjanjian antara syarikat Malaysia dan Pakistan.
Juga pada hari Jumaat, Dr Mahathir akan melakukan kunjungan
hormat ke atas Presiden Arif di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr. Beliau akan
menerima anugerah Nishan-e-Pakistan pada satu majlis di istana presiden.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lawatan Dr Mahathir ialah atas jemputan rakan sejawatannya
dari Pakistan untuk menghadiri sambutan Hari Pakistan yang disambut pada 23 Mac
setiap tahun.
Ini merupakan lawatan pertama Dr Mahathir ke Pakistan sejak
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Semasa menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang keempat, beliau telah tiga kali melawat Pakistan iaitu pada 1984,
1997 dan 2002. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel