Connect with us

Berita Lain

PM kagum kilang jus buah milik tauke Melayu



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa hampir sejam 30 minit melawat Kilang Jus Buah-Buahan milik Nanas Merbok Sdn Bhd di Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) di Gurun.

Dr Mahathir tiba kira-kira 10 pagi di kilang itu dengan memandu sendiri kereta dengan ditemani bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut serta dalam lawatan itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.
Perdana menteri berpeluang melihat secara dekat proses membuat jus nanas selain turut diberikan taklimat oleh pihak pengurusan kilang berkenaan berhubung operasi di situ.
Sementara itu, pemilik kilang berkenaan Abu Hassan Man ketika ditemui pemberita berkata perdana menteri melahirkan rasa kagum terhadap keupayaannya sebagai orang Melayu berjaya membuka kilang tersebut yang beroperasi dengan sebaik mungkin.
“Saya dimaklumkan bahawa Tun Mahathir kata beliau tak percaya orang Melayu boleh buat (buka kilang ini), bila Tun Daim bawa Tun Mahathir tunjuk di sini, Tun Mahathir mengaku orang Melayu boleh buat,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Abu Hassan berkata kehadiran Dr Mahathir melawat kilangnya hari ini menjadikannya semakin bersemangat untuk memperbesarkan perniagaannya itu sekali gus berkeinginan meluaskan pasaran produknya ke peringkat lebih tinggi.
“Beliau (Dr Mahathir) ada cakap tadi kalau buat produk mesti kena pasarkan di luar negara dan letak di pekan-pekan (bandar besar). Buat masa sekarang produk saya ini hanya dipasarkan di kawasan wilayah utara sahaja,” katanya.
Mengenai kilangnya itu, Abu Hassan berkata kilang itu sudah pun beroperasi sejak dua tahun lepas dengan memproses buah-buahan tempatan untuk menjadi jus, puri, kordial, sos dan buah-buahan kering.
“Operasi kilang saya ini boleh membantu penduduk-penduduk kampung atasi lambakan buah-buahan yang mereka tanam seperti nanas, cempedak, durian, nangka dan mempelam (mangga),” katanya. 
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel