Connect with us

Berita Lain

PPR Taman Manggis cuma rumah transit


Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis adalah
sebagai rumah transit dan bukan untuk didiami selama-lamanya, kata Ketua
Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata kategori PPR itu sepatutnya untuk transit
sahaja, sementara mereka menunggu kemudahan perumahan yang sepatutnya siap.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“PPR Taman Manggis adalah untuk diduduki buat sementara
sahaja, itu pun mereka sudah duduk lebih 11 tahun. Memang ada kelemahan dari
segi pengurusan dan pejabat perumahan negeri kini sedang dalam proses mengemas
kini maklumat untuk semua projek bagi kes-kes sedemikian,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Expo Perumahan Mampu Milik di Seberang Perai hari
ini.
Beliau berkata walaupun unit PPR ditawarkan sebagai
pampasan, kelayakan menduduki PPR itu sudah wujud sejak dari dahulu sehingga
sekarang.
Chow berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan seorang
penyewa PPR Taman Manggis yang menyatakan unit itu diperoleh sebagai pampasan
selepas rumahnya di Sungai Pinang diroboh bagi memberi laluan kepada projek
pembangunan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berharap penyewa PPR Taman Manggis yang diarahkan
mengosongkan unit masing-masing dapat menerima hakikat mereka telah hilang
kelayakan menduduki kediaman itu, namun masih layak memohon projek perumahan lain
ditawarkan kerajaan negeri.
“Kita terbuka kepada rundingan dengan penduduk dan
beberapa Exco kerajaan negeri memberi tawaran kepada mereka termasuk yang
berkampung di lobi Komtar, tetapi mereka menolak tawaran tersebut,”
katanya.
Beliau berkata penduduk harus bersedia bekerjasama dengan
pihak kerajaan negeri agar masalah mereka dapat diselesaikan demi kebaikan
semua.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan
Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata
penyewa PPR Taman Manggis yang hilang kelayakan akan diberi keutamaan memohon
kemudahan projek perumahan negeri yang lain.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mereka boleh memohon projek kos rendah, kos sederhana
rendah atau mampu milik yang lain, dan kita akan berikan keutamaan kepada
mereka,” katanya.
Beliau berkata keutamaan itu hanya kepada mereka yang
bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan tidak memiliki rumah
lain.
Mengenai dakwaan tindakan pengosongan unit PPR Taman Manggis
dilakukan tanpa mengikut undang-undang, Jagdeep berkata pihak kerajaan negeri
bersedia menunggu tindakan seterusnya daripada wakil peguam penduduk.
Rabu lepas, 22 penyewa unit PPR Taman Manggis diarahkan
mengosongkan unit kediaman masing-masing selepas mereka hilang kelayakan menduduki
rumah tersebut.
Namun, semalam, peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang
mewakili tujuh keluarga penyewa yang diusir, mendakwa tindakan itu antara lain
bertentangan dengan Seksyen 7 (2) Akta Relif Spesifik 1950, kerana tidak
berlandaskan kepada undang-undang. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel