Connect with us

Berita Lain

Proton bakal bina kilang pemasangan di Pakistan

Pengeluar kereta nasional, Proton, akan bekerjasama dengan
syarikat tempatan Pakistan bagi mewujudkan kilang pemasangan pengeluaran di
negara itu, sekali gus menjadi kilang pertamanya di rantau Asia Selatan.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Ikram Mohammad
Ibrahim berkata perjanjian di antara Proton dan rakan perniagaan dari Pakistan
Alhaj Automotive, dibuat tahun lepas, dengan Proton mengunjurkan potensi yang
besar untuk syarikat itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dari segi potensi pasaran kenderaan di Pakistan, Proton
rasakan potensinya amat besar. Itulah sebabnya Proton setuju bekerjasama dengan
Alhaj Automotive untuk membina kilang pemasangan berhampiran Karachi di wilayah
Sindh.
“Ia signifikan kerana ini akan menjadi kilang pertama Proton
di Asia Selatan berdasarkan jumlah penduduk di negara ini sahaja sudah 210
juta,” katanya kepada media Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di
Pakistan di Islamabad.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya
dari Pakistan Imran Khan, dijangka menyaksikan acara simbolik majlis pecah
tanah kilang Proton itu pada Jumaat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dr Mahathir akan mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan selama
tiga hari bermula Khamis.
Ikram berkata pembinaan kilang itu merupakan elemen penting
dalam perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara memandangkan Proton
merupakan ilham Dr Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri buat pertama kali
dahulu.
Katanya sewaktu lawatan Dr Mahathir, kedua-dua perdana
menteri itu juga akan berbincang lebih terperinci mengenai usaha mempertingkat
hubungan dagang kedua-dua negara.
Pada 2018, jumlah dagangan dua hala Malaysia dan Pakistan
bernilai RM5.91 billion atau meningkat 2.5 peratus berbanding RM5.76 billion
pada 2017.
Pakistan merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia
dalam kalangan negara Asia Selatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ikram berkata Pakistan merupakan negara destinasi terbesar
eksport Malaysia di Asia Selatan dan ketiga terbesar bagi destinasi import
Malaysia.
“Bagi Pakistan, Malaysia merupakan rakan dagang ke-16
terbesar pada tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata dari segi pelaburan, perangkaan State Bank
Paskistan bagi tahun kewangan 2017/2018 merekodkan Malaysia sebagai negara
asing ketiga terbesar di Pakistan selepas China dan United Kingdom. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel