Connect with us

Berita Lain

Terlalu awal untuk rakyat menilai prestasi PH



Tempoh sembilan bulan adalah terlalu singkat untuk rakyat menilai prestasi kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) berikutan ia merupakan tempoh bagi parti itu membuat ‘housekeeping’ (pembersihan) terhadap peninggalan kerajaan terdahulu.

Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah berkata walaupun tempoh tersebut singkat, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan keperluan dan kepentingan rakyat dijaga termasuk mengambil alih konsesi dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tempoh sembilan bulan ini macam mengandung…baru kira nak bersalin. Kita mula dengan kertas putih atau kain putih tapi masuk dengan keadaan berselerak habis kita nak kena buat ‘housekeeping’ dan itu ambil masa.
“Sekarang kita sudah dan sedang buat perubahan. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga sangat mengambil berat terhadap semua janji dalam manifesto dan jawatankuasa khas untuk tengok pelaksanaan ini juga telah ditubuhkan,” katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri Program Jelajah Bantuan Amal dan Transformasi (JEBAT) dan gotong-royong di Kampung Pantai Halban bersama lebih 30 anggota JEBAT.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, diminta mengulas mengenai kenyataan badan penyelidik bebas Ilham Centre semalam bahawa BN boleh mengalahkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Amiruddin berharap pengundi dapat membuat keputusan yang tepat.
“Bila turun padang, kita tengok respons baik yang mana kita (PH) tidak ditolak, tak ada yang tak nak jumpa, tak nak salam dan perkara itu tidak berlaku seperti di PRK Cameron Highlands sebelum ini, jadi kaji selidik itu belum tentu lagi betul.
“Kita sentiasa tegas mengikut peraturan pilihan raya dekat mana juga PRK dan tidak bagi janji itu ini kepada rakyat. Contohnya, ada menteri yang telah luluskan sesuatu tapi sedar kalau ia diteruskan orang akan cakap itu rasuah sebab nak PRK dan sebab itu dia tarik balik,” katanya.
Katanya, dia berharap pengundi di Semenyih dapat menilai dan memberi mandat kepada PH untuk terus menerajui kawasan itu dan ia akan memberi lebih banyak kebaikan kerana kerajaan yang memerintah negara juga adalah PH.
Pengundian bagi PRK Semenyih yang bermula 8 pagi ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Muhammad Aiman Zainali daripada PH, Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.
– Bernama


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel