Categories: Berita Lain

5 lelaki homoseksual ditahan lepas menawarkan khidmat seks sejenis

   Gambar hiasan


GEORGE TOWN, 9 April — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket warga asing menawarkan khidmat seks kepada kaum sejenis selepas menahan lima lelaki homoseksual dari Indonesia dalam serbuan di sebuah hotel di sini malam tadi.


Kelima-lima lelaki yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu dipercayai masuk ke negara ini hanya untuk memuaskan nafsu songsang melalui langganan yang dibuat menerusi laman web khas atau aplikasi khas, kata Ketua Bahagian Penguatkuasaan JIM Pulau Pinang Kholijah Mohamad hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Katanya kejayaan membongkar taktik sindiket yang menawarkan aktiviti tidak bermoral itu adalah hasil intipan dan risikan sejak dua minggu lepas sebelum serbuan di bawah operasi Op Tegar dibuat malam tadi yang turut melibatkan rampasan wang tunai RM3,500, pasport, kondom dan gel untuk golongan lelaki.


“Kami mendapati kelima-lima lelaki warga asing yang ditahan ini masuk ke negara ini secara sah dan tinggal untuk tempoh antara satu dan dua minggu bagi memenuhi tempahan yang mereka terima sebelum pulang ke Indonesia dan kembali lagi apabila menerima tempahan,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.


Katanya pemeriksaan ke atas aplikasi yang digunakan turut menunjukkan pelanggan pendatang-pendatang ini berumur antara 25 dan 40 tahun yang dikenakan bayaran antara RM150 dan RM250 sejam untuk perkhidmatan seks yang ditawarkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1966 kerana menyalahgunakan pas lawatan,” katanya. Peraturan ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. — Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami KecederaanDisimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

12 mins ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

4 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

10 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago