Categories: Berita Lain

M’sia sertai Misi Ekonomi Minyak Sawit di Arab Saudi



Malaysia akan menyertai Misi Ekonomi Minyak Sawit yang akan membincangkan isu komoditi itu, kayu balak dan perabot selama lima hari di Arab Saudi bermula Isnin ini, kata Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata misi berkenaan akan membincangkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Arab Saudi dalam usaha meningkatkan pelaburan tiga komoditi itu pada masa hadapan selain meneroka pasaran baharu di negara Timur Tengah dan benua Afrika.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, usaha itu bertujuan memastikan simpanan bekalan minyak sawit negara yang ketika ini berjumlah 3.2 juta tan dapat dijual ke pasaran sedia ada dan baharu serta mewujudkan rantaian pembekalan dan permintaan yang sihat agar harga pasaran komoditi itu dapat ditingkatkan.
“Sebanyak 10 kertas kerja akan dibentangkan pada seminar dan dagangan minyak sawit selama dua hari dalam misi yang turut disertai kementerian, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Ankara University.
“Usaha ini penting untuk memastikan simpanan bekalan minyak sawit negara berada pada tahap yang sihat iaitu sekitar dua juta tan yang bukan sahaja mampu menampung permintaan dan pembekalan luar, malah dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Menyusur Akar di Bachang di Melaka, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata jumlah nilai dagangan Malaysia dengan Arab Saudi pada tahun lepas mencecah RM21.67 bilion, meningkat 45.2 peratus berbanding 2017 dan berharap misi itu akan membantu meningkatkan nilai dagangan terbabit.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, daripada jumlah itu, nilai eksport negara berjumlah RM3.77 bilion, berkurangan 11 peratus manakala nilai import pula meningkat 67.5 peratus kepada RM17.9 bilion.
Shamsul Iskandar berkata bagi sektor pelaburan dengan Arab Saudi, sebanyak 17 projek pembuatan melibatkan pelaburan berjumlah RM5.126 bilion direkodkan tahun lepas yang dijangka menawarkan kira-kira 2,500 peluang pekerjaan untuk rakyat.
Sehingga kini, sebanyak tujuh projek melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM58 juta telah dilaksanakan, kata beliau.
“Produk yang kita eksport ke Arab Saudi seperti minyak sawit dan produk berasaskan sawit iaitu sebanyak 25 peratus daripada nilai eksport negara, barangan elektrik (12.7 peratus), makanan proses (10 peratus), peralatan jentera (8.7 peratus), produk pembuatan berasaskan minyak sawit (6.4 peratus),” katanya.
Beliau berkata Arab Saudi merupakan rakan dagang negara kedua selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala bagi sektor import, Arab Saudi merupakan negara ketiga selepas UAE dan Turki.
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

10 hours ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

3 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

4 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

5 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

5 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

5 days ago