Connect with us

Mahkamah

Najib bayar RM67,000 bina tangki air di rumahnya di Pekan

Bekas perdana menteri, Najib Razak telah membayar wang
sebanyak RM67,000 kepada seorang kontraktor bagi membina dua menara tangki air di kediamannya di Pekan, Pahang, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Kontraktor syarikat binaan Syadilah Enterprise, Daud
Muhammad, 53, yang bertanggungjawab membina menara tangki air itu, berkata Najib membuat bayaran melalui cek.

Loading…

“Pada tahun 2013, saya membuat sebut harga kepada penyelia
rumah Datuk Seri Najib iaitu Encik Zainudin Abdul Aziz di Pekan.“Pada tahun 2014, Zainudin menyatakan pada saya kerja-kerja boleh dilakukan, iaitu membina menara tangki air dua buah, satu tiga tingkat, satu lagi dua tingkat,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi pada hari keenam perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang membabitkan Najib.

Daud, yang merupakan saksi kelapan pendakwaan, berkata
pembinaan kedua-dua menara mengambil masa kira-kira tiga bulan kerana ketika itu musim hujan,

Advertisement

Daud, yang juga pemilik syarikat pembinaan itu, berkata
menara tangki dua tingkat dibina berhampiran dapur kediaman Najib manakala
menara tangki tiga tingkat dibina berhampiran bilik tidur beliau dan
anak-anaknya.

Menjawab soalan Muhammad Saifuddin adakah saksi itu
menjalankan kerja lain di kediaman Najib, Daud berkata beliau turut melakukan
pendawaian elektrik, membaiki pendingin hawa dan atap bocor serta membaik pulih tombol pintu dan singki dapur yang berharga RM10,300.

Saksi itu berkata selepas semua kerja selesai, beliau telah
mengeluarkan invois kepada Zainudin untuk memaklumkan kos pembayaran.

“Ya, saya bagi invois, harga RM67,000 bagi dua menara tangki
air, RM9,540 bagi pendawaian elektrik, membaiki penghawa dingin dan atap bocor serta RM760 bagi kerja membaik pulih tombol pintu dan singki dapur,” katanya sambil menambah Zainudin kemudian mengeluarkan tiga keping cek kepada beliau.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Muhammad Shafee
Abdullah, saksi itu berkata kapasiti tangki dua tingkat ialah 1,500 liter
manakala tangki tiga tingkat berkapasiti 3,000 liter dan jumlah air dalam
kedua-dua tangki boleh menampung keperluan kira-kira 1,000 orang.

Advertisement

Ketika ditanya apakah keperluan membina kedua-dua menara
tangki air itu, Daud berkata ia bagi menampung keperluan orang ramai dan untuk kegunaan keluarga Najib.

Mengulas apa yang berlaku kepada tangki lama, Daud berkata ia telah usang dan sering dibaiki termasuk pam rosak serta tangkinya pernah dimasuki musang yang kemudian ditemui mati dalam tangki itu.Kepada soalan Muhammad Shafee sama ada pembinaan tangki tersebut adalah satu keperluan mendesak atau satu kemewahan, saksi itu menjawab “keperluan mendesak.”

Selain itu, Daud memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) telah merakam percakapannya sebanyak dua kali berhubung kerja pembinaan yang dijalankan di kediaman Najib.Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung petang ini. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel