Connect with us

Berita Lain

Abdul Majid dilantik sebagai pengerusi MIDA baru



KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Majid Ahmad Khan, Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) yang juga Pengerusi Kehormat Dewan Perniagaan Malaysia-China, sebagai Pengerusi baru MIDA, berkuat kuasa 22 April, 2019.


Kerjaya Abdul Majid menjangkaui lebih tiga dekad dalam perkhidmatan awam termasuk Jabatan Perdana Menteri, menyertai beberapa misi Malaysia ke luar negara dan memegang jawatan kanan di Kementerian Luar Negeri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau juga merupakan anggota lembaga beberapa syarikat termasuk tiga syarikat tersenarai awam di Malaysia, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan MIDA hari ini.


Abdul Majid memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Malaya.


Pengerusi baharu itu menggantikan Tan Sri Amirsham A. Aziz, yang tempohnya berakhir pada 2018 selepas lebih daripada enam tahun memberikan perkhidmatan yang cemerlang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



MIDA mengucapkan penghargaan ikhlas kepada Amirsham atas sumbangan dan dedikasinya kepada organisasi dan negara.


Sebagai seorang yang berpengalaman luas, kepimpinan Abdul Majid akan menjadi sangat bernilai kepada MIDA, terutamanya dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan berkualiti yang akan membawa manfaat besar kepada rakyat Malaysia, kata agensi tersebut. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel