Connect with us

Berita Lain

Akaun Gandingan Mentari termasuk senarai berisiko tinggi – Pengurus Ambank



Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd di Ambank adalah akaun berisiko tinggi yang memerlukan pemantauan tambahan oleh jabatan pematuhan bank itu.

Uma Devi, 40, yang juga saksi pendakwaan yang ke-21 berkata aspek risiko tinggi dihitung oleh bank berdasarkan kriteria sistem.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian semasa diperiksa balas oleh peguam Harvinderjit Singh pada hari kesepuluh perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Harvinderjit: Apa yang anda maksudkan risiko tinggi?
Uma Devi menjawab: “Risiko tinggi bermakna syarikat mengendalikan wang tunai yang banyak.”
Gandingan Mentari adalah sebuah anak syarikat SRC International Sdn Bhd.
Harvinderjit: Bank tiada rekod transaksi terdahulu Gandingan Mentari? Beliau menjawab, “Ia masih boleh disemak melalui sistem komputer Ambank.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Harvinderjit: Apa perbezaannya sekiranya ia dilabel sebagai berisiko tinggi?
Uma Devi: Jabatan pematuhan akan sentiasa memantau akaun mereka dengan lebih rapi.
Beliau juga memaklumkan bahawa jabatan pematuhan bank akan mengadakan pemeriksaan tambahan sebulan sekali terhadap akaun berkenaan.
Kepada satu soalan lain, Uma Devi berkata pengurus perhubungan Ambank tidak mungkin mengarahkan kakitangan di pusat pemprosesan cek bank itu untuk membenarkan cek yang ditandatangani oleh bukan pemilik akaun yang sah untuk cek itu ditunaikan.
Harvinderjit: Bagaimana sekeping cek, yang ditandatangani oleh seseorang yang tidak disahkan pihak bank, boleh diterima oleh bank? Ini luar biasa. Bolehkah seorang Pengurus Perhubungan mempunyai kawalan ke atas perkara ini? Sebagai contoh, bercakap dengan seseorang di pusat pemprosesan?
Uma Devi: Tidak, seseorang yang memastikan sesuatu pembayaran itu diluluskan juga akan dipertangungjawab atas tindakan itu.
Saksi itu turut memberitahu fail akaun yang dipegang oleh bank adalah selamat dan tidak boleh diganggu oleh sesiapapun kecuali seseorang dari bank itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib, 66, dihadapkan dengan tiga pertubuhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga pertuduhkan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu bersambung.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel