Connect with us

Berita Lain

Anak menteri bakal didakwa di mahkamah atas kesalahan dadah

   gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Anak seorang menteri yang sebelum ini disiasat atas kesalahan dadah dijangka dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat, kata Kementerian Dalam Negeri.


Kementerian itu berkata arahan untuk menuduh suspek telah diterima selepas kertas siasatan bagi kes tersebut dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagi kes anak menteri yang disiasat menurut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, laporan patologi telah diterima oleh Polis Diraja Malaysia.


“Arahan telah diterima untuk menuduh suspek di mahkamah. Tindakan untuk menuduh akan diambil dalam tempoh yang terdekat ini,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat bertarikh 4 April lepas.


Ia bagi menjawab soalan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin penjelasan prosedur operasi standard (SOP) siasatan terhadap individu yang disyaki positif dadah dan tempoh yang diambil untuk mendapatkan pengesahan ujian patologi serta sebab keputusan ujian air kencing seorang anak menteri mengambil masa yang lama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Berkaitan tempoh masa untuk menyiapkan laporan, kementerian itu berkata ia terletak bawah bidang kuasa Jabatan Patologi, Kementerian Kesihatan.


Menurut kementerian itu, ia difahamkan tempoh masa untuk penyediaan laporan pengesanan sampel air kencing bergantung kepada jenis dadah dan jumlah sampel yang diterima untuk dibuat analisis. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel