Connect with us

Berita Lain

Anwar tegaskan, Tun M beri sokongan padu buat streram

   Foto sumber internet 


SEREMBAN – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan sokongan padu kepada calon PH bagi PRK DUN Rantau, Dr S.Streram.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Anwar yang juga Ketua Umum PH berkata, Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH menyatakan demikian dalam pertemuan mereka semalam.


“Sama ada dia perlu hadir atau tidak (pada PRK DUN Rantau) saya akan bincang,” katanya kepada pemberita selepas majlis santai bersama veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini.


Menjawab soalan pemberita mengenai sokongan yang diterima Dr Streram daripada komponen PH, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan bahawa semua parti komponen gabungan itu hadir memberikan komitmen masing-masing bagi memenangkan pakar bius itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Yang lain semua datang, DAP, Bersatu, Amanah, PKR,” katanya.


PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Dr Streram, calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas iaitu surirumah R. Malarvizhi serta bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin.


PRK berkenaan diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen yang difailkan Mohamad yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lepas, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14, terbatal dan tidak sah. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel