Connect with us

Berita Lain

Anwar yakin PH mampu meraih sokongan rakyat

foto sumber internet 



BUTTERWORTH, 29 April — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kerajaan Pakatan Harapan mampu meraih sokongan rakyat sungguhpun ia berdepan dengan desakan untuk menunaikan janji dalam manifestonya sejak mengambil alih pentadbiran negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.


Katanya, kerajaan dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed memerlukan masa untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu dan ini bukannya dapat diselesaikan dalam masa yang sangat singkat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Jika kita dapat menunjukkan pencapaian yang baik maka, sokongan (rakyat) itu akan datang kepada kita dan saya yakin kerajaan PH mampu menyelesaikan manifesto (pada PRU lalu) dalam masa setahun dua ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sembang Santai Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, hari ini.


Katanya, perkara yang paling penting untuk diberi penekanan ialah menyelesaikan kemelut ekonomi yang menjadi keluhan rakyat seperti kos hidup yang tinggi.


“Sekarang ini, kita hendak fokus kepada kedudukan ekonomi dan kadar pengeluaran. Ada beberapa kawasan yang kita telah berjaya turunkan harga, tapi saya percaya dengan desakan rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Jika ekonomi dapat diberi perhatian, maka rakyat akan mendapat faedahnya. Itu yang utama,” kata anggota Parlimen Port Dickson itu.


Turut hadir, Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan  Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.


Ditanya mengenai kerjasama Umno dan PAS, Anwar berkata, gabungan kedua-dua parti itu mampu memberi saingan kepada PH, namun ini bergantung kepada prestasi dan kapasiti pencapaian wakil rakyat PH.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



“Memang saya akui kerjasama itu mampu membentuk gabungan tapi saya tidak nafikan ia akan memberi saingan kepada PH bergantung kepada prestasi dan kapasiti mereka sendiri,” katanya. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel