Connect with us

Berita Lain

Asmadi akui najib beri cek RM50,000

foto sumber internet



KUALA LUMPUR, 22 April  — Ketua Umno Bahagian Padang Serai hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah menerima sumbangan cek bernilai RM50,000 daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi kegunaan parti di kawasan berkenaan.


Pesara guru, Datuk Asmadi Abu Talib, 50, atau dikenali sebagai Cikgu Madi, berkata cek itu diterimanya daripada Najib ketika mereka mengadakan pertemuan secara peribadi di pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2014.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Asmadi, yang memberi keterangan pada hari keenam perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, berkata dalam perjumpaan itu, beliau telah menceritakan pengalaman dan perancangannya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


“Sebagai seorang guru, saya menjelaskan terdapat kekangan untuk saya menjalankan program parti termasuk dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya.


“Najib memberi semangat kepada saya dan memberi sumbangan untuk membantu Barisan Nasional (BN) di kawasan Padang Serai dalam bentuk cek bernilai RM50,000. Cek itu atas nama saya, Asmadi Abu Talib,” kata saksi kesembilan pendakwaan itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Asmadi, yang pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), berkata beliau kemudian memasukkan cek itu ke akaun Maybanknya di cawangan Kulim Hi-Tech.


Menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Asmadi memaklumkan bahawa wang RM50,000 itu digunakan untuk membantu mangsa ribut dan banjir di kawasan berkenaan serta menjalankan program kemasyarakatan selain membantu pihak sekolah mengadakan kelas tambahan untuk pelajar.


Disoal Muhammad Shafee sama ada wang RM50,000 yang diterima saksi itu diiktiraf oleh akaun Umno Bahagian Padang Serai, Asmadi menjawab: “Tidak diiktiraf dalam akaun Umno Bahagian Padang Serai sebab takut ada masalah tetapi diketahui oleh kepimpinan parti.”


Muhammad Shafee: Adakah kamu pernah menerima apa-apa sumbangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir?


Asmadi: Saya tidak pernah mohon dan tidak pernah dapat sumbangan daripada Mukhriz. 


Semasa pemeriksaan semula oleh Muhammad Saifuddin, beliau menyoal saksi mengapa wang itu tidak dimasukkan ke dalam akaun Umno Bahagian Padang Serai.


Asmadi: Kalau masuk dalam akaun Umno, ia kena bentang dalam mesyuarat agung dan perlu disemak oleh juruaudit 1 & 2.


Muhammad Saifuddin: Ada atau tidak kamu minta Najib untuk masukkan wang ke dalam akaun Umno Bahagian Padang Serai?


Asmadi: Tidak.


Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.


Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung petang ini. — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel