Connect with us

Berita Lain

Azmin umum pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil peneroka kekal RM1,500, RM250 juta untuk siapkan perumahan generasi baharu



Bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil sebanyak RM1,500 akan diteruskan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam persidangan Parlimen, baru-baru ini, selepas beliau mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali sebelum ini, lapor Berita Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Memang betul sebelum ini Lembaga Pengarah FELDA mencadangkan supaya Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dikurangkan kepada RM1,000. Orang ramai perlu faham, mereka ini adalah golongan profesional dan memberi cadangan itu berdasarkan kedudukan kewangan semasa FELDA.
“Bagaimanapun, PM tidak bersetuju dengan cadangan itu sebab keadaan ekonomi yang lemah pada masa ini terus menjejaskan dan memberi tekanan kepada peneroka. Malah, beliau mengarahkan supaya sejumlah wang diperuntukkan untuk terus menjaga kebajikan warga FELDA,” katanya selepas menghadiri Program Rapat Perdana Peneroka FELDA Wilayah Raja Alias di Palong 8, di sini, hari ini.



Turut hadir, timbalannya, Dr Mohd Radzi Md Jidin; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar negeri, Ismail Ahmad dan Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Othman Omar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada program itu, beliau turut menerangkan kepada warga peneroka mengenai kertas putih ‘Ke Arah Kelestarian Felda’ yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April lalu kepada warga peneroka.
BH sebelum ini melaporkan FELDA terpaksa mengurangkan bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil daripada RM1,500 kepada RM1,000 sebulan kerana keadaan kewangan semasanya yang kritikal.
Berdasarkan laporan itu, FELDA kini berhadapan cabaran kewangan bagi menjelaskan komitmennya sebanyak RM500 juta setahun bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil peneroka.
Sementara itu, Azmin berkata, kerajaan juga komited untuk menyiapkan 5,000 unit perumahan generasi baharu FELDA di seluruh negara yang kini sudah mencapai tahap pembinaan 70 peratus dan ke atas.
“Sebagai peringkat permulaan, kita tetapkan projek yang mencatatkan kemajuan 70 peratus akan disiapkan tahun ini juga membabitkan kos RM250 juta. Bagi Negeri Sembilan, ia membabitkan 839 unit rumah dengan peruntukkan kos RM90 juta,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel