Connect with us

Berita Lain

Bank Negara serbu Ambank pada 2015, siasat lapan dokumen termasuk empat akaun bank Najib

Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala
Lumpur untuk makan tengah hari, 15 April 2019. — Foto oleh Firdaus Latif/Projek MM

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur diberitahu sebanyak lapan
dokumen, termasuk empat akaun Ambank milik bekas perdana menteri Najib Razak,
telah diambil dari Ambank cawangan Jalan Raja Chulan bagi tujuan siasatan oleh
Bank Negara Malaysia (BNM).
Pengurus BNM Azizul Adzani Abdul Ghafar berkata dokumen itu
diperoleh selepas satu penggeledahan dilakukan di lokasi tersebut pada 6 Julai
2015 bagi mendapatkan senarai akaun berhubung obligasi pelaburan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Azizul Adzani, yang dilantik sebagai pegawai penggeledah
ketika itu, berkata beliau telah menemui Pengurus Cawangan Ambank terbabit
iaitu R Uma Devi dan memaklumkan senarai akaun yang diperlukan BNM bagi tujuan
siasatan.
“Puan Uma Devi telah mendapatkan semua dokumen yang saya
nyatakan dan setelah meneliti dokumen-dokumen tersebut, saya mencatatkannya
dalam senarai geledah,” kata saksi kedua pendakwaan itu sambil menambah beliau
pergi ke cawangan Ambank tersebut bersama tiga lagi pegawai BNM.
Azizul Adzani berkata demikian ketika pemeriksaan utama
Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pada hari kedua perbicaraan kes Najib
berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Saksi itu berkata dokumen lain membabitkan tiga akaun
syarikat SRC Sdn Bhd dan satu akaun Syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd.
Menjawab soalan Suhaimi berkaitan tujuan saksi itu mencatat
dokumen yang diperoleh dalam senarai geledah, Azizul Adzani berkata ia adalah
bagi merekodkan dokumen yang diambil BNM untuk tujuan siasatan.
Azizul Adzani turut mengenal pasti dan mengesahkan dokumen
terbabit yang ditunjukkan pihak pendakwaan.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu
pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram
membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Anggota Parlimen Pekan itu, yang merupakan perdana menteri
keenam, didakwa melakukan kesemua kesalahan di AmIslamic Bank Berhad Jalan Raja
Chulan dan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos dan 10 Feb 2015.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang
berlangsung. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel