Connect with us

Berita Lain

Bicara Najib-SRC : UMNO pulau pinang terima dana RM1juta

Beberapa kotak dokumen dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menerima dana sumbangan sebanyak RM1 juta dari pejabat UMNO Kuala Lumpur pada 26 Februari 2015, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.


Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Ahmad Sahar Shuib, 56, dalam keterangannya memberitahu bahawa pihaknya membuat permohonan sumbangan sebanyak RM 2 juta.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau berkata, untuk mendapatkan sumbangan, UMNO Pulau Pinang perlu memohon dari ibu pejabat UMNO Kuala Lumpur melalui surat permohonan yang ditandatangani Datuk Seri Zainal Abidin Osman selaku pengerusi ketika itu.


“Sumbangan sebanyak RM1 juta itu dimasukkan ke dalam akaun Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.


“Pada pengetahuan saya sumbangan dibuat secara pemindahan wang kerana saya buat semakan dengan bank bahawa ada duit masuk ke dalam akaun,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Ketika disoal peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdulllah berhubung tujuan sumbangan, saksi ke-12 pendakwaan itu berkata dana itu digunakan sebagai perbelanjaan program dan bantuan kepada orang susah, persekolahan untuk anak yatim dan mangsa bencana alam seperti banjir yang kerap berlaku di sini.


“Selain itu dana berkenaan juga digunakan untuk membayar gaji kakitangan. Anggaran kasar RM1.5 juta diperlukan setiap tahun.


“Sekiranya peruntukkan berkurangan, arwah Datuk Zainal akan buat permohonan baharu,” katanya.


Shafee : Ada sumbangan lain?


Sahar : Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang hanya meminta sumbangan kewangan dari UMNO Malaysia.


Shafee : Sekiranya peruntukkan tidak cukup?


Sahar : Kami akan buat permohonan baharu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel