Connect with us

Berita Lain

Bilion ringgit hilang, Najib tidak layak ulas pelaburan Pulau Pinang

Foto oleh Malay Mail

LUMUT — Penyusutan pelaburan di Pulau Pinang tidak
boleh dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan pusat kerana situasi itu turut
berlaku di mana-mana negara.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy
berkata kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang
mengaitkan situasi pelaburan negeri itu dengan peningkatan hutang negara adalah
tidak wajar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Najib bukan seorang yang berhak cakap pasal ini lah
(pelaburan Pulau Pinang). Dia tiada kredibiliti. Penyusutan (pelaburan) ada
masa dia akan turun. Ini bukan terhad di Pulau Pinang sahaja, ini kebiasaan di
dunia.
“Najib tidak akan memberi gambaran positif mengenai Pulau
Pinang atau mana-mana negeri yang ditadbir Pakatan Harapan tetapi kita kembali
kepada masa Najib menjadi perdana menteri yang terjadinya ‘kelukaan’ dalam
sistem, mana perginya jutaan atau bilion ringgit?” katanya.
Ramasamy bercakap kepada Bernama semasa majlis jamuan mesra
bersama keluarga dan penduduk setempat di rumah keluarganya di Kampung Baru,
Sitiawan di sini semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau mengulas kenyataan Najib yang menyebut pada ceramah
anjuran MIC di Bandar Ekar Rantau, Negeri Sembilan, malam semalam mengenai
pelaburan Pulau Pinang turun 50 peratus.
Ramasamy yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Perai
berkata situasi pelaburan di Pulau Pinang masih dalam keadaan stabil dan
pihaknya mahu memastikan segala pelaburan melibatkan industri teknikal yang
canggih dan mengutamakan pekerja tempatan.
Sementara itu, mengulas mengenai kain rentang yang berbaur
perkauman terhadap calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Ramasamy berkata perbuatan itu adalah
keterlaluan dan bersifat ekstremis.
Katanya, biarpun perkara itu dinafikan pihak Umno mahupun
PAS, ia mungkin berpunca daripada organisasi yang menyokong mereka.
“Mereka kehilangan modal… sepatutnya jelaskan apa dasar
pembangunan. Kamu boleh kritik PH teruk-teruk adakah dasar PH beri faedah
kepada rakyat atau tidak tetapi janganlah kutuk India kerana dia orang India
atau sebaliknya,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel