Connect with us

Berita Lain

Daftar masuk parti politik jika mahu bercakap politik, nasihat Rais pada TMJ

Pengerusi PPBM Negeri Sembilan Rais Yatim hari ini
menyarankan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim
supaya mendaftar menyertai parti politik jika mahu bercakap mengenai politik.
Rais berkata, ini kerana Tunku Ismail banyak bercakap
politik dan meminta supaya beliau menghentikan sindirian mahukan perdana
menteri diganti dengan orang lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Melalui laman Twitter miliknya, Rais mahu TMJ berhenti
menyindir Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan mengeluarkan
kenyataan mahu Perdana Menteri diganti.
“TMJ banyak cakap politik. Tolong hentikan sindir mahukan
Perdana Menteri diganti.
“Kalau mahu cakap politik sila daftar masuk parti politik.
Lopak raja lain. Ruang politik lain,”

“Nanti huru-hara rakyat. Tolong waras,” katanya lagi di
laman Twitter.

Terdahulu tular rakaman video memaparkan Tunku Ismail
beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor
selepas perlawanan Kejuaraan Liga AFC.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika kenderaan SUV berwarna hitam yang membawanya lalu
berhampiran orang ramai, peminat JDT melaungkan “hidup TMJ”, tetapi seorang
penyokong pula berkata “tukar Mora”, yang merujuk kepada jurulatih JDT, Benjamin
Mora.
Berikutan itu, kenderaan itu tiba-tiba berhenti dan Tunku
Ismail didengar sebagai berkata, “daripada tukar Mora, baik tukar perdana
menteri”.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang dilihat merujuk
kepada insiden itu berkata, hanya rakyat yang boleh mengubah kedudukannya
sebagai perdana menteri dan tidak boleh dilakukan Tunku Ismail.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel