Connect with us

Berita Lain

Kajian menunjukkan sokongan anak muda terhadap PH merudum

    Foto oleh Shafwan Zaidon


KUALA LUMPUR, 5 April — Sokongan anak muda merudum walau Pakatan Harapan (PH ) kurang serahun memerintah berdasarkan kajian firma penyelidikan Kajidata Research Sdn Bhd.


Secara keseluruhan, sokongan PH turun 16.4 mata dengan kemerosotan terbanyak dikesan dari kalangan anak muda berusia antara 20 hingga 29 iaitu 20.6 mata.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Kemerosotan itu seiring penurunan keyakinan ekonomi sepanjang PH memerintah iaitu 39.3 mata pada pilihan raya umum lalu kepada 32.8 mata pada Disember.


“Walaupun penurunan keyakinan ekonomi terkesan bagi semua peringkat umur, kejatuhan yang besar dalam kalangan belia menunjukkan mereka mungkin kecewa dengan pengurusan Pakatan Harapan terhadap ekonomi negara,” kata laporan itu.


Firma itu menyebut anak muda kini mempunyai tanggapan lebih positif terhadap Barisan Nasional (BN) dengan perubahan aliran dikatakan bermula September lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Kajian sama juga meramalkan undi bagi kerusi Rantau di Negeri Sembilan mungkin menghasilkan keputusan yang hampir sama dengan Semenyih pada bulan lepas.


Berdasarkan hasil kajian kepuasan awam, Kajidata berkata pertaruhan sangat memihak kepada BN sekalipun gabungan tersebut kini berstatus pembangkang.


Sokongan terhadap PH menguncup daripada 76.8 pada Jun kepada 57.2 mata enam bulan kemudian. BN mengatasi mereka dengan 58.2 mata akhir tahun lalu.


Kajian dijalankan melibatkan 9,071 rakyat di negara ini melalui temu bual telefon berkomputer membabitkan 222 kawasan Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak.


Dijalankan antara 1 Januari hingga 1 Disember 2018, responden diwakili kaum berlainan di setiap negeri berdasarkan populasi pengundi sebenar di Malaysia.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel