Connect with us

Berita Lain

Kanak-kanak dilahirkan tanpa otak sambut ulang tahun ke-6



LONDON – Seorang budak perempuan yang dilahirkan tanpa sebahagian besar otaknya telah melangkaui jangkaan doktor apabila menyambut ulang tahun keenam di rumahnya di Aylesbury, Buckinghamshire baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.


Lily Wetherall yang kelihatan normal ketika dilahirkan disahkan menghidap penyakit hidranensefali selepas menjalani imbasan otak. Ibu bapanya, Sienna King, 37, dan Anthony Wetherall, 31, dimaklumkan anak mereka pekak dan bisu malah hanya hidup beberapa bulan sahaja.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Mereka maklumkan Lily tidak mampu bergerak sendiri tetapi kami ada gambar dia berdiri. Lily sudah melangkaui usia enam tahun, dia sudah berdiri sendiri dan tersenyum setiap hari,” kata King.


Lily juga dilaporkan mampu mengenal muka saudara-mara malah pergi ke sekolah dua kali seminggu. Walaupun tidak mempunyai sebahagian besar tisu otak, Lily masih mempunyai saraf tunjang dan bahagian bawah otak yang mengawal fungsi penting termasuk pernafasan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Hidranensefali adalah sejenis penyakit yang berlaku dalam satu daripada setiap 250,000 kelahiran menyebabkan sebahagian besar sel otak tidak terbentuk dengan ruang kosong itu diisi cecair. Ini menyebabkan hilangnya kawalan penglihatan, pertuturan, pergerakan dan lain-lain fungsi utama otak. – Agensi

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel