Connect with us

Berita Lain

Kanak-kanak hilang disungai ditemui terapung

    Mayat Ahmad Aqil Fadlullah Ahmad Ruhaimi dijumpai terapung kira-kira 10 meter dari jeti di Sungai Manir. — Foto ihsan Facebook/DTTB


KUALA TERENGGANU, 8 April — Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang ketika bermain di Sungai Manir di sini pada petang Sabtu lalu ditemui 10.30 malam tadi.


Mayat Ahmad Aqil Fadlullah Ahmad Ruhaimi dijumpai terapung kira-kira 10 meter dari jeti di sungai itu iaitu lokasi terakhir beliau dilihat sebelum tergelincir ke dalam sungai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Mazimi Mohamad berkata seramai 44 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.


“Operasi pencarian tertumpu di permukaan sungai dengan jarak lebih dua kilometer sebelum mayat mangsa dikesan terapung berhampiran jeti,” katanya ketika dihubungi. 


Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Sabtu lalu, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Manir itu dikatakan bermain bersama tiga lagi rakannya sebelum tergelincir di sungai tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Bagaimanapun, kehilangannya hanya disedari keluarga selepas tidak pulang ke rumah sehingga waktu maghrib.


Keluarganya yang keluar mencari di kawasan berdekatan akhirnya menemui barangan milik mangsa seperti pakaian, jam tangan dan selipar di tebing sungai tersebut. — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel