Connect with us

Berita Lain

Keresahan rakyat kerana harapan tinggi – Anwar

foto sumber internet 



Presiden PKR Anwar Ibrahim bersetuju dengan pandangan bahawa wujud keresahan dalam kalangan rakyat terhadap pentadbiran PH seperti yang ditunjukkan dalam kajian Merdeka Center, baru-baru ini.


Menurut anggota parlimen Port Dickson itu, beliau dapat mengesan bahawa memang ada keresahan kerana harapan rakyat yang tinggi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Ya, saya dapat kesan bahawa memang ada keresahan kerana rakyat ini harapannya tinggi dan masalah-masalah yang membelenggu negara kita itu sukar difahami rakyat,” katanya pada sidang media selepas pertemuan bersama pimpinan PH Kelantan di Hotel Perdana, Kota Bharu, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kaji selidik oleh Merdeka Center mengenai keyakinan pengundi terhadap pentadbiran PH dalam mengurus ekonomi setakat bulan lalu jauh merosot berbanding ketika mula mengambil alih kuasa pada Mei 2018.


Badan kaji selidik pendapat awam itu mendapati kadar puas hati terhadap PH dalam soal ekonomi hanya 40 peratus, berbanding 56 peratus pada Mei 2018.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Bagimanapun Anwar berkata, kaji selidik oleh Merdeka Center itu bukan pandangan muktamad.


“Merdeka Center hanya buat kaji selidik, itu pandangan (responden) dan selalunya pandangan itu membantu sedikit sebanyak bagi input.


“Kita kena lihat untuk beri perhatian terhadap kelemahan kita. Kita lihat secara positif. 


“Tapi tinjaun tetap adalah tinjauan. Bukan pandangan definitif. Kita kena faham itu, ada setengah orang fikir ia muktamad,” jelasnya.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Tambah presiden PKR itu, pandangan berdasarkan kajian itu sepatutnya memberi laluan atau dorongan kepada kerajaan untuk diperbaiki.


“Itu hanya pandangan berdasarkan kajian daripada Merdeka Center, ia sepatutnya memberi laluan atau dorongan kepada kita untuk memperbaiki sama ada persepsi rakyat, kefahaman atau beberapa tindakan yang perlu kita perbaiki,” kata Anwar.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel