Connect with us

Berita Lain

Kes bicara Najib, mahkamah larang edar dan muat naik video di facebook

foto sumber internet 



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengingatkan semua pihak supaya tidak mengedar dan memuat naik rakaman transkrip prosiding mahkamah (CRT) membabitkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd (SRC International) dihadapi Datuk Seri Najib Razak.


Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan peringatan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan rakaman CRT membabitkan perbicaraan kes itu dimuat naik ke laman Facebook oleh bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Mohd Nazlan berkata, rakaman CRT bertujuan membantu semua pihak dan membuat nota dalam perbicaraan.


Bagaimanapun, hakim bersetuju dengan hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib bahawa kes itu masih dalam siasatan dan mahkamah tidak boleh membuat keputusan awal berhubung isu berkenaan.


“Tindakan mengedar atau memuat naik CRT boleh dianggap menghina mahkamah dan prejudis kepada satu perbicaraan yang adil,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, memaklumkan mahkamah klip rakaman CRT membabitkan saksi pendakwaan keenam dan ketujuh, dimuat naik ke laman Facebook selepas selesai prosiding perbicaraan hari kelima, Jumaat lalu.


Beliau berkata, kedua-dua pihak dalam perbicaraan ini sudah memberi Aku Janji untuk tidak memuat naik atau mengedarkan rakaman itu kepada mana-mana pihak


“Rakaman CRT adalah untuk tujuan perbicaraan dan hanya digunakan jika berlaku sebarang percanggahan dalam keterangan.


“Kedua-dua pihak dalam kes ini terikat kepada Aku Janji berkenaan dan tindakan berkongsi serta memuat naik CRT boleh menjejaskan integriti kes yang sedang berjalan,” katanya.


Sehubungan itu, pihaknya memohon mahkamah mengeluarkan arahan berhubung tindakan mengedar dan memuat naik rakaman CRT bagi prosiding perbicaraan itu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel