Connect with us

Berita Lain

LHDN minta Najib bayar cukai RM1.5b


Dua hari menjelang perbicaraan mahkamahnya, bekas perdana
menteri Najib Razak diminta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk
membayar RM1.5 bilion.
The Edge Markets melaporkan bahawa bil untuk tempoh
2011-2017 itu merupakan jumlah lain dari cukain pendapatan yang sudah dibayar
ahli parlimen Pekan itu selama tujuh tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sumber yang dipetik laporan itu berkata Najib sudah
dimaklumkan berhubung perkara berkenaan melalui surat yang dihantar LHDN
kira-kira seminggu lalu.
Menurut sumber, siasatan LHDN mendapati Najib belum
mengisytiharkan pendapatan kira-kira RM4 bilion dalam tempoh itu, termasuk
RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya sebelum ini yang didakwa berpunca dari
1MDB.
Najib bertegas bahawa RM2.6 bilion itu adalah dari derma
keluarga diraja Arab Saudi.
Pakar cukai dipetik berkata, tanpa perlu mengambil kira sama
ada wang berkenaan dicuri atau derma, ia masih dianggap boleh dikenakan cukai,
dan adalah kesalahan untuk tidak mengisytiharkannya sebagai pendapatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jika pendapatan itu dari hasil haram, terpulang kepada
agensi seperti polis atau SPRM untuk siasat jika berlaku jenayah.
“LHDN hanya menguruskan soal cukai pendapatan,”
katanya dipetik sebagai berkata.
Najib kini berdepan 42 tuduhan jenayah. Daripada jumlah itu,
10 tuduhan berhubung SRC International, bekas syarikat subsidiari 1MDB.
Tuduhan itu termasuklah tiga dakwaan pengubahan wang haram
melibatkan RM42 juta, pecah amanah, dan penyalahgunaan kuasa.
Pada 8 Feb lalu, pihak pendakwaan menambah tiga lagi tuduhan
pengubahan wang haram terhadap Najib melibatkan dana RM47 juga yang didakwa
diterimanya pada 8 Julai 2014.
Najib juga akan berdepan dakwaan berhubung 1MDB pertengahan
bulan depan. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel