Connect with us

Berita Lain

Lim: Kenapa halang? Lapangan terbang Kulim guna wang swasta


GEORGE TOWN, 30 April — Tidak ada sebab untuk menghalang
cadangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) di Kedah apabila pembiayaannya
akan ditanggung oleh pihak swasta menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI),
kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata kerajaan mahupun Malaysia Airports Holdings
Berhad (MAHB) tidak perlu mengeluarkan apa-apa perbelanjaan kerana projek
berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerajaan tak perlu keluarkan wang. Itu yang kita dapat
jimat. Itulah pendekatan kerajaan selama ini.
“Sekiranya pihak swasta keluarkan wang dan kerajaan tak
keluarkan wang jadi kenapa kita harus menghalangnya sekiranya wang ini datang
daripada pihak swasta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lee Khai Loon
(PH-Machang Bubok) yang mencelah ketika Lim membahaskan ucapan terima kasih
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.
Lee ingin tahu sama ada pembinaan KXP akan memberi impak
negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) khususnya dan
negeri Pulau Pinang amnya.
Terdahulu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dua laporan
hasil kajian kebolehlaksanaan cadangan pembinaan lapangan terbang tersebut yang
dilaksanakan oleh perunding mendapati projek berkenaan akan memberi impak
negatif kepada negeri itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih
berkata pembesaran LTAPP dan pembinaan KXP kelak akan melonjakkan industri
pelancongan ke tahap yang lebih tinggi.
Sementara itu, mengulas mengenai projek pembesaran dan
menaik taraf LTAPP, beliau berkata pihaknya bercadang untuk memperbesarkan
lapangan terbang itu sehingga mampu menampung kapasiti 16 juta penumpang
berbanding 12 juta penumpang yang dirancang sebelum ini.
“Sekarang penumpang di Pulau Pinang ialah lapan juta orang.
Kalau bina untuk kapasiti 12 juta penumpang nanti di masa depan sukar untuk
dapat peruntukan, jadi lebih baik kita teruskan dengan kapasiti 16 juta
penumpang.
“Kalau kita mahu (kapasiti) 16 juta penumpang, saya rasa
kita kena lihat jangka masa yang lebih panjang, satu perancangan yang lebih
mendalam kerana akan melibatkan penggunaan tanah yang luas yang berkemungkinan
akan meningkatkan jumlah perbelanjaan,” katanya.
Persidangan DUN bersambung hari ini. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel