Connect with us

Berita Lain

Mahkamah tetapkan 18November untuk perbicaraan kes pindaan laporan 1MDB

    Foto sumber internet 


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 15 hari bermula 18 November depan untuk perbicaraan kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), K Arul Kanda berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, tiga tahun lalu.


Tarikh bicara itu ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan selepas kedua-dua tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan semula secara berasingan terhadap mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 18 November hingga 29 November 2018 dan 13 Januari hingga 17 Januari 2020.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua kes terbabit dibicarakan bersama.


“Pihak pendakwaan akan memanggil 25 hingga 30 saksi sepanjang perbicaraan kelak,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sementara itu, tiada sebarang bantahan dikemukakan oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk N Sivananthan masing-masing mewakili Najib dan Arul.


Pada 12 Disember 2018, Najib didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.


Dia dituduh sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri Malaysia, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang tertuduh secara langsung mempunyai kepentingan.


Anggota Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.


Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan terbabit bagi melindungi bekas Perdana Menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman sama, jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 29 Ogos depan untuk pengurusan kes.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel