Connect with us

Berita Lain

Mohamad Hasan angkat sumpah sebagai Adun Rantau


Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini
mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas menang
dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, pada 13
April lepas.
Mohamad yang juga pemangku Presiden Umno mengangkat sumpah
dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN Negeri Sembilan,
Zulkefly Mohamad Omar pada Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua
Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, di Seremban, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni
Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan berangkat merasmikan istiadat tersebut.
Turut berkenan mencemar duli Tunku Ampuan Besar Negeri
Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Pada PRK DUN Rantau 13 April lepas, Mohamad menang dengan
majoriti 4,510 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan
(PH) Dr S. Streram, dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan
bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 10,397
undi, Dr Streram yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau dan pakar bius
mendapat 5,887 undi manakala Malarvizhi dan Mohd Nor, masing-masing memperoleh
83 serta 79 undi.
Kemenangan Mohamad bagi kerusi itu merupakan kali keempat
sejak disandangnya pada 2004.
Mohamad yang mewakili Barisan Nasional (BN) adalah dalam
kalangan 16 ADUN BN dalam DUN itu manakala PH diwakili oleh 20 ADUN. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel