Connect with us

Berita Lain

Pemegang UEC layak sambung pengajian dalam TVET – Kula

Foto oleh The Star

Pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) layak untuk
menyambung pengajian dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di
negara ini dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir tempatan, kata
Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
Beliau berkata bagaimanapun, mereka perlu menjalani Ujian
Kecenderungan Kemahiran (UKK) terlebih dahulu sebelum menyambung pengajian
dalam bidang berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita mahu lebih ramai pelajar (mengambil TVET) dan
kita mahu mempermudahkan, tak kisah jika mereka berkelulusan UEC atau pelajar
dari sekolah Cina atau Tamil, semua orang boleh ambil TVET.
“Ini kerana ketika ini kerajaan memperuntukan lebih
kurang RM4 bilion setahun dalam bidang TVET, jadi kita perlu lebih ramai
golongan muda menyertai TVET kerana kita tidak mahu mereka ketinggalan
sekiranya tidak mempunyai kelulusan akademik yang baik,” katanya.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat berkata
demikian kepada pemberita selepas Sesi Dialog Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan Malaysia (NUTP) Cawangan Perak anjuran Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
di Institut Latihan Perindustrian (ILP) hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sijil UEC adalah peperiksaan yang dikendalikan oleh badan
persendirian menerusi Gabungan Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia,
Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Kesatuan Alumni Cina.
Dalam pada itu, Kula Segaran berkata pihaknya mahu menarik
lebih ramai masyarakat Orang Asli yang tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk
menyertai bidang TVET.
“Mengapa tidak kita beri peluang kepada Orang Asli mengikuti
kursus-kursus kemahiran, kita beri sedikit kelonggaran asalkan mereka boleh
menulis dan memahami sesuatu perkara berkaitan sudah cukup untuk mereka
menyertai TVET,” katanya.
Kula Segaran berkata ketika ini jumlah tenaga kerja mahir
hanya sebanyak 28 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 35 peratus
menjelang tahun depan. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel