Connect with us

Berita Lain

Pendakwaan fail notis usul tangguh bicara 1MDB



Pendakwaan kes Najib Razak yang didakwa atas tujuh tuduhan berhubung SRC International berjumlah RM42 juta, hari ini memfailkan notis usul supaya perbicaraan kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas perdana menteri itu ditunda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pendakwa Raya selaku pemohon memfailkan notis usul hari ini di Mahkamah Tinggi supaya perbicaraan kes 1MDB ditunda sementara menunggu perbicaraan kes SRC International diselesaikan dengan menamakan Najib selaku responden.
Menerusi notis usul itu, Pendakwa Raya turut memohon perintah atau arahan lanjut daripada mahkamah yang difikirkan wajar berhubung perkara itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Izzat Fauzan, dalam afidavit yang diikrarkan bersama notis usul itu berkata perbicaraan kes SRC bermula 3 April lalu sehingga 10 Mei ini di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan sehingga kini, pihak pendakwaan sudah memanggil 21 saksi pendakwaan.
Beliau berkata perbicaraan kes 1MDB pula dijadualkan bermula pada 14 Mei ini manakala tarikh lain yang ditetapkan ialah 15 dan 17 Mei; 28, 29 dan 31 Mei; 10, 11, 12, 13 dan 14 Jun; serta 18, 20 dan 21 Jun.
Muhammad Izzat berkata semalam pihak pendakwaan memaklumkan bahawa mereka akan menulis surat kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah yang akan mendengar perbicaraan kes 1MDB itu bagi memohon supaya perbicaraan kes itu ditunda, yang mana tiada bantahan daripada pihak pembelaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Hakim Mohd Nazlan juga memaklumkan beliau tiada bantahan untuk meneruskan perbicaraan kes SRC pada tarikh yang dijadualkan untuk perbicaraan kes 1MDB dengan syarat Hakim Sequerah menunda perbicaraan kes berkenaan,” katanya dalam afidavit.
Muhammad Izzat berkata pihaknya mengarahkan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib untuk menulis surat kepada Sequerah bagi memohon satu tarikh sebutan hari ini, supaya mereka hadir bagi memohon perbicaraan kes 1MDB ditunda.
Bagaimanapun, katanya, selepas surat itu dihantar semalam pihak mahkamah (Hakim Sequerah) membalas surat itu dan memaklumkan bahawa penangguhan perbicaraan kes 1MDB ditolak.


Muhammad Izzat berkata demi kepentingan semua pihak termasuk saksi yang di sapina untuk menghadiri perbicaraan kes SRC, kes membabitkan bekas Perdana Menteri itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
“Permohonan ini juga tidak akan memprejudiskan tertuduh dalam kes ini, ” katanya.
Muhammad Izzat turut memfailkan perakuan segera supaya notis usul itu didengar sebelum tarikh perbicaraan kes 1MDB pada 14 Mei ini kerana kes berkenaan juga adalah kes kepentingan awam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Najib menghadapi 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel