Connect with us

Berita Lain

Pertikaian air Malaysia-Singapura mungkin diselesai menerusi arbitrasi


Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mencari penyelesaian
secara damai berhubung perjanjian air termasuk kemungkinan menyelesaikan
pertikaian menerusi timbang tara atas dasar persetujuan bersama, kata Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perjanjian air adalah antara isu yang dibincangkan Dr
Mahathir dengan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong semasa
Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 di Putrajaya, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malaysia dan Singapura terikat di bawah Perjanjian Air
Sungai Johor 1962. Bagi Malaysia, menyelesaikan isu yang lama tertangguh
berkaitan semakan semula harga air merupakan satu keutamaan.
“Kami mengadakan perundingan yang aktif berkaitan semakan
semula itu pada lewat tahun 90-an dan 2000,” kata Dr Mahathir pada sidang
media yang penuh sesak, dengan turut dihadiri Lee, selepas pemukiman itu.
Isu berhubung perjanjian air antara kedua-dua negara kembali
menjadi topik panas pada pertengahan tahun lepas apabila Dr Mahathir berkata
harga air mentah yang dijual kepada Singapura tidak munasabah dan beliau
bercadang untuk merundingkan semula terma perjanjian.
Perjanjian itu, yang berakhir pada 2061, memberi hak kepada
Singapura untuk mengeluarkan 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai
Johor pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Johor kemudian membeli semula air terawat daripada republik
itu pada kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.
Lee, sementara itu, berkata menjadi matlamat kedua-dua
negara untuk bekerjasama dalam memastikan bekalan air yang lestari kepada
kedua-dua pihak, yang akan mengurangkan kemungkinan timbulnya konflik di masa
depan.
Beliau bagaimanapun membangkitkan kebimbangan Singapura
berhubung pencemaran air di sungai Johor baru-baru ini dan kesan jangka
panjangnya.
Menurut Lee, baru minggu lepas, kerja air oleh Lembaga
Perbekalan Awam (PUB) Singapura di Kota Tinggi terpaksa ditutup disebabkan
paras amonia yang tinggi dan sumber itu dikesan berpunca daripada kilang minyak
sawit di Sedenak, Johor.
Beliau berkata jika sungai Johor mengalami insiden seperti
yang berlaku di Sungai Kim Kim baru-baru ini, ia “akan menjadi satu
bencana”.
Dilaporkan bahawa beribu-ribu orang terpaksa dirawat
hospital susulan kes pencemaran di Sungai Kim Kim yang berlaku awal bulan
lepas.
Lee berkata sungguhpun Singapura berpendapat Malaysia telah
kehilangan haknya untuk menyemak semula harga di bawah perjanjian itu, tetapi
kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa Peguam Negara (AG) masing-masing akan
mengadakan perbincangan pada November ini untuk memahami kedudukan
undang-undang kedua-dua negara berhubung hak untuk semakan semula itu.
Mengenai hasil jangka panjang, Lee berkata Johor telah
membina loji air di sungai Johor di huluan kerja air PUB di Kota Tinggi, dan
gabungan jumlah yang dikeluarkan oleh loji ini mungkin melebihi hasil mampan
sungai.
“Kita perlu mengkaji bagaimana untuk memenuhi keperluan
air Johor dan Singapura bagi perkara lain dalam Perjanjian Air. Kami juga
bersetuju bahawa kedua-dua AG kita perlu meneruskan dialog dan saling memahami
perspektif serta kepentingan masing-masing,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lee turut ditanya sama ada Singapura berpendapat permintaan
Malaysia supaya perjanjian air itu dikaji semula sebagai munasabah dan
berapakah harga yang dianggap sebagai munasabah.
“Saya beritahu Dr Mahathir, saya dapat memahami
perspektif beliau kenapa beliau melihat keperluan politik untuk meminta supaya
harga air dikaji semula. Tetapi saya juga menjelaskan kepada Dr Mahathir supaya
melihat daripada sudut pandangan Singapura,” katanya.
Lee berkata perjanjian air itu adalah dokumen dapatan asas
bagi kerajaan Singapura dan mereka (kerajaan Singapura) terpaksa mematuhinya.
“Marilah kita mengorak langkah yang membolehkan kita
membincangkan isu ini secara konstruktif dan mudah-mudahan kita dapat mencapai
sedikit kemajuan.
“Satu daripada isu yang perlu kita bincangkan adalah
tentang jaminan air dari Johor berikutan jumlah penduduk dan hasilnya untuk
memastikan Singapura memperoleh 250,000 juta air sehari mengikut perjanjian,”
katanya. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel