Connect with us

Berita Lain

PM: M’sia rancang ambil balik ruang udara ‘diwakilkan’ dari S’pura


Malaysia merancang mengambil balik secara berperingkat
daripada Singapura ruang udara yang “diwakilkan”, kata Perdana Menteri Dr
Mahathir Mohamad.
“Malaysia bercadang melakukan ini dalam jangka waktu bermula
hujung tahun ini hingga 2023,” katanya dalam sidang akhbar bersama Perdana
Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada akhir Pemukiman ke-9 Pemimpin-pemimpin
Malaysia-Singapura di Putrajaya hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sambil menegaskan bahawa kedua-dua negara mempunyai sejarah
panjang kerjasama penerbangan, Dr Mahathir berkata Malaysia telah membuat
pelaburan besar sebagai persiapan untuk mengambil balik ruang udara yang
diwakilkan itu dan berharap ini dapat dilakukan dengan lancar.
“Kita adalah anggota Pertubuhan Penerbangan Awam
Antarabangsa (ICAO) dan terus bekerjasama atas platform antarabangsa ini demi
kepentingan bersama,” katanya.
Mengenai sempadan maritim Malaysia-Singapura, Dr Mahathir
berkata kedua-dua negara akan melakukan ‘delimitasi’ sempadan maritim di
kawasan berkenaan.
“Sebuah jawatankuasa baru akan dibentuk untuk tujuan ini dan
akan memulakan (kerjanya) menjelang bulan depan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jadi, kata Dr Mahathir, Malaysia berpendapat adalah penting
melaksanakan delimitasi (mengetepikan had buat sementara) semua sempadan
maritim yang belum selesai antara dua negara, dan ini bukan saja bagi kawasan
yang melengkongi had pelabuhan.
Sementara itu, Lee berkata kedua-dua negara mencapai
kemajuan dalam usaha mengendurkan situasi di laut dan mengelakkan insiden
seterusnya berlaku dan rundingan mengenai delimitasi sempadan maritim akan
bermula dalam masa sebulan.
Mengenai isu ruang udara, Lee berkata Malaysia telah
menyatakan hasrat untuk menyemak semula peraturan ruang udara sedia ada di
bawah mana aturan perkhidmatan trafik udara di ruang udara selatan Semenanjung
Malaysia, dan yang Singapura sedia bincangkan dengan Malaysia
“Pertimbangan utama ialah keselamatan dan kecekapan operasi
trafik udara dan keperluan serta kepentingan kedua-dua negara.
“Saya beritahu Dr Mahathir ini adalah satu perkara rumit
yang membabitkan rundingan dengan pemegang kepentingan, termasuk syarikat
penerbangan dan ICAO dan tidak boleh dilakukan tergesa-gesa,” katanya. 
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel