Connect with us

Berita Lain

PM mulakan lawatan kerja lima hari ke China


BEIJING, 25 April — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
tiba di Beijing Capital International Airport di sini semalam untuk lawatan
kerja lima hari ke China dan menghadiri Forum kedua Satu Jalur Satu Jalan
(OBOR) bagi Kerjasama Antarabangsa (BRF).
Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri Tun Dr Siti
Hasmah Mohd Ali mendarat di lapangan terbang itu pada 8 malam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perdana menteri berusia 94-tahun itu disambut semasa tiba
oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, pegawai-pegawai kanan China dan
kuasa usaha Kedutaan Malaysia di China Nuryante Mohd Yazid.
Beliau memeriksa barisan kehormat terdidri daripada anggota
angkatan tentera China.
Ini lawatan kedua Dr Mahathir ke China sejak mengetuai
Pakatan Harapan (PH), gabungan parti-parti politik, memenangi Pilihan Raya Umum
ke-14 Mei tahun lepas.
Perdana Menteri melawat China pada Ogos tahun lepas. Semasa
penggal pertamanya sebagai perdana menteri Malaysia dari 1983 hingga 2003,
beliau melawat negara ini tujuh kali.  


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain menghadiri forum mengenai inisiatif OBOR bersama 36
pemimpin dunia dan beratus-ratus perwakilan, Dr Mahathir akan juga mengadakan
perbincangan dengan rakan sejawatan China Li Keqiang dan Presiden Xi Jinping,
di mana isu-isu kepentingan bersama mendominasi agenda. 
Dr Mahathir dan Keqiang akan menyaksikan beberapa memorandum
persefahaman (MoU) ditandatangani mengenai langkah meningkatkan perdagangan
minyak sawit antara kedua-dua negara dan projek Laluan Keretapi Pantai Timur
(ECRL) bernilai RM44 bilion,  
China adalah rakan dagang Malaysia terbesar sejak 10 tahun
lepas dengan jumlah dagangan tahun lepas meningkat 8 peratus kepada RM313
bilion.
Terkenal sebagai seorang tokoh yang mempunyai pengetahuan
mendalam tentang teknologi terbaru, perdana menteri akan juga meluangkan masa
melawat syarikat telekomunikasi terkemuka China, Huawei Technologies dan
melihat dari dekat kelebihan teknologinya.  


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau akan juga melawat Sensetime Ltd, peneraju global
teknologi Artificial Intelligence (AI) dan mengadakan sesi dialog dengan kapten
industri China serta sektor swasta dan cuba menarik mereka melabur di negara
Asia Tenggara.
Perdana menteri akan berlepas pulang pada Ahad. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel