Connect with us

Berita Lain

PTPTN terlalu ‘berharga’ untuk gagal walau dibebani hutang besar


KUALA LUMPUR ― Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bakal
menghampiri detik setahun pemerintahannya bulan depan ― tempoh yang sarat
dengan pelbagai perkembangan serta isu yang perlu ditangani.
Walaupun tanggung jawab yang digalas itu tidak semudah
dijangkakan, apa yang pasti tempoh itu turut membuktikan bahawa tidak semua
manifesto bersifat populis itu dapat direalisasikan atau wajar demi manfaat
negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Antara perkara yang menarik perhatian penulis adalah
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih sinonim sebagai PTPTN
yang terbukti tidak lekang daripada isu membabitkannya.
Malah, tidak boleh dinafikan, pelbagai perkembangan atau
keputusan yang membabitkan PTPTN berlaku disebabkan tiada kajian khusus atau
mengetahui status kewangan sebenar agensi pemberi pinjaman itu .
PTPTN ditubuhkan pada 1997 dengan matlamat membantu penuntut
membiayai pengajian ijazah sarjana muda masing-masing.
Pada awalnya, ia bermula dengan geran kerajaan walaupun kini
ia menumpukan pasaran hutang bagi membiayai keperluan pendanaannya.
Sejak penubuhannya, PTPTN telah membantu membiayai lebih
daripada 60 peratus atau tiga juta penuntut Malaysia meneruskan pengajian
mereka, baik di institusi awam dan swasta dengan pengagihan sebanyak RM56
bilion setakat Februari 2019.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ironinya, hampir dua dekad kemudian dan selepas terbukti
berjaya membantu ramai, PTPTN yang terlalu berharga dan sarat dengan manfaat
sebaliknya kini seakan memerlukan bantuan.
Setahun selepas tarikh 9 Mei, 2018, mereka yang berada dalam
koridor kuasa perlu menyedari sekiranya dasar bayaran balik itu tidak ditangani
sekarang, PTPTN berkemungkinan lumpuh dengan impaknya jauh lebih buruk
berbanding kerugian dialami 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Malah, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendedahkan
bahawa jumlah hutang peminjam mungkir kepada PTPTN adalah hampir menyamai
kerugian dialami 1MDB.
PTPTN misalnya kini berhutang RM40 bilion iaitu hutang yang
dijamin kerajaan dan angka itu dijangka melonjak ke paras RM55 bilion dalam 10
tahun dan seterusnya RM76 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Pasti ada yang bertanya ― mengapa kerajaan perlu menjamin
pinjaman PTPTN? Jawapannya ― jika ada pihak yang sukar menunaikan bayaran itu,
sudah pasti penjamin diperlukan sebagai sokongan.
Mengikut data, bayaran balik jumlah prinsipal PTPTN itu
sahaja dalam sekitar RM3 bilion dan RM6 bilion setahun, bergantung kepada
tempoh bayaran balik yang ditetapkan.
Dianggarkan seramai 616,000 peminjam mungkir atau 51 peratus
daripada jumlah peminjam atau “benefisiari” ― bergantung kepada persepsi mereka
yang melihatnya sebagai hutang atau kesempatan, mempunyai jumlah hutang
tertunggak sebanyak RM3.5 bilion.
Lebih menyedihkan, daripada kalangan peminjam mungkir itu,
seramai 356,000 orang tidak membayar walau sesen pun yang membabitkan sejumlah
RM2.8 billion!
Bayaran faedah pula melebihi RM1.7 bilion setahun yang
ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan yang meminjam daripada pasaran modal demi
memastikan penuntut mempunyai akses pendidikan serta kemahiran.
Setakat ini, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM13.7
billon bagi melunaskan bayaran faedah pinjaman PTPTN tersebut.
Walaupun ada yang terbukti tidak mampu membayar balik,
terutama yang masih menganggur, hakikatnya masih ramai yang tidak mengendahkan
tanggung jawab hakiki itu atau mengambil kesempatan terhadap peluang yang
diberikan.
“Langkah menarik balik sekatan perjalanan bagi peminjam
mungkir ini seakan satu silap besar dan memberi kesan negatif kepada PTPTN,”
kata satu sumber rapat yang enggan dikenali.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

PTPTN telah bertindak menyenaraihitam serta mengenakan
sekatan perjalanan terhadap 1,016,254 peminjam dengan jumlah hutang tertunggak
RM20.7 bilion yang mana 684,233 telah mula membayar hutang berjumlah RM2
bilion.
“Apabila sekatan itu ditarik balik, jumlah kutipan hutang
itu susut  secara mendadak dan
memburukkan lagi keadaan kewangan PTPTN yang sememangnya terjejas. Malah, ini
jelas membuktikan sikap peminjam yang mengambil kesempatan,” katanya.
Selain itu, cadangan untuk membolehkan penangguhan bayaran
balik sehingga gaji peminjam mencecah RM4,000 juga dilihat akan hanya terus
‘menjerut’ PTPTN. Namun, mujurlah syor itu telah ditangguhkan untuk sementara
waktu.
Sumber itu turut mendedahkan, tujuh daripada 10 peminjam
berpendapatan kurang RM4,000 sebulan yang secara jelasnya mengurangkan kutipan
tahunan PTPTN kepada RM950 juta berbanding kira-kira RM3 bilion setahun, sejak
tiga tahun lepas.
Malah, bergantung kepada gaji permulaan siswazah terbabit,
ia memerlukan sekurang-kurangnya tempoh minimum enam hingga 15 tahun sebelum
mereka dapat mencapai gaji RM4,000 untuk mula membayar balik pinjaman tersebut.
Namun, realitinya, pada masa sama PTPTN masih perlu membayar
pinjamannya sepanjang tempoh tersebut dan ditambah pula dengan obligasi
menyalurkan pinjaman kepada penuntut baharu.
Pengiraannya mudah ― bagi setiap RM7,000 yang berkurangan
dalam aliran tunai, ini sekali gus menafikan akses seorang penuntut yang
berpotensi mendapat kemudahan pinjaman pengajian.
 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) pada 2015 telah mengunjurkan bahawa
pendaftaran penuntut akan mencecah 250,000 orang menjelang 2025.
Justeru, ketidakpadanan antara kekurangan ketara bayaran
balik serta peningkatan obligasi kewangan berkemungkinan menyebabkan PTPTN
lumpuh, sekali gus menafikan akses penuntut generasi masa depan mendapatkan
pinjaman pendidikan yang berpatutan.
Sehubungan itu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan tidak
harus tunduk kepada tekanan untuk “melepaskan” peminjam yang tidak amanah ini
daripada tanggung jawab melunaskan hutang masing-masing.
Beliau sebaliknya perlu menumpukan usaha jangka panjang
serta mampan bagi memastikan kutipan bayaran balik yang tertunggak itu terus
dilakukan demi kelangsungan serta akses generasi depan terhadap kemudahan
pembiayaan itu.
Kerajaan pula harus berani mengambil tindakan yang mungkin
drastik namun wajar berikutan pentingnya peranan PTPTN, termasuk mengenal pasti
langkah lebih baik bagi menangani kemelut itu.
Bagi peminjam mungkir dan culas PTPTN – di manakah tanggung
jawab moral anda? ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel