Connect with us

Berita Lain

Rundingan ECRL zaman Najib tak telus, kata PM


Rundingan untuk membina Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh
kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah dilakukan secara tidak telus
tanpa sebarang kajian terperinci mengenainya, kata Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
“Itu Perdana Menteri dahulu (Datuk Seri Najib Tun Razak)
yang membuat rundingan, tiada usaha yang wajar, tiada kajian daya maju.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto oleh The Star

“Tidak telus, kemudian hendak pinjam (duit) banyak-banyak,”
katanya hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media dengan wartawan
Malaysia pada akhir lawatan kerjanya selama lima hari ke China untuk menghadiri
Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua yang berakhir
semalam.
Kerajaan memutuskan untuk meneruskan pembangunan ECRL, yang
akan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia selepas
digantung pembinaannya pada tahun lepas berikutan membabitkan kos yang tinggi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Persetujuan untuk meneruskan ECRL dibuat selepas kejayaan
rundingan semula oleh Wakil Khas Perdana Menteri Tun Daim Zainuddin, yang
berjaya mengurangkan kos pembinaan ECRL daripada kos asal iaitu RM65.5 bilion
kepada RM44 bilion.
Melalui rundingan semula dengan China mengenai pelaksanaan
projek ECRL, kerajaan berjaya menjimatkan RM21.5 bilion atau 32.8 peratus
daripada kos asal.
Ditanya jika terdapat kemungkinan kos ECRL itu boleh
diturunkan daripada RM44 bilion, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan itu tetapi
ia bergantung kepada skop kerja projek itu.
Ditanya tentang kenyataan Daim dalam temu bual dengan
Bernama News Channel baru-baru ini, Dr Mahathir hanya berkata : “Itu maklumat
yang kita tahu.”
Daim dalam temu bual tersebut mempersoalkan sama ada wakil
khas bekas perdana menteri, yang bertindak secara sendirian telah terlibat
dalam perbincangan dan rundingan terus bagi kontrak ECRL yang lama.
Beliau bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara
terus dengan China dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC),
menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan
tanpa ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat.
“Adakah ia disediakan oleh EPU seperti sepatutnya dalam
kes ini, atau adakah EPU hanya diarahkan untuk menerima kertas cadangan yang
disediakan oleh agensi lain,” soal Daim.
Dr Mahathir turut ditanya sama ada kerajaan akan mendedahkan
kepada awam butiran mengenai kontrak ECRL.
Katanya walaupun kerajaan telah mendedahkan sebahagian
daripada perjanjian itu tetapi ia juga perlu mengambil kira sensitiviti rakyat
China.
“Ya, kami akan mendedahkannya kepada awam, tetapi kita perlu
memahami sensitiviti rakyat China. Kami tidak mahu menyatakan yang mungkin
menyakiti mereka. Kami telah banyak mendedahkan (butiran tersebut),”
katanya. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel