Connect with us

Berita Lain

TH akan alami kerugian teruk jika masih dibawah BN

     Foto sumber internet


SEREMBAN, 8 April — Tabung Haji (TH) akan terus mengalami kerugian yang teruk jika ia masih di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.


Beliau berkata di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), isu kelemahan tadbir urus kewangan yang membelenggu TH sebelum ini telah dan sedang diatasi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Justeru, beliau mengingatkan pengundi supaya jangan termakan dakyah dan fitnah daripada pembangkang kononnya TH diuruskan oleh DAP.


Beliau berkata demikian dalam ceramah PH di Kampung Mambaxu di sini, malam tadi yang turut dihadiri Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir dan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar.


Hadir sama, calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S. Streram.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan, juga menegaskan bahawa di bawah kerajaan PH, bukan sahaja orang Melayu dibela bahkan semua kaum di negara ini turut terbela dan tuduhan pembangkang kononnya keistimewaan yang dinikmati kaum Melayu akan terhakis adalah tidak benar.


Beliau berkata Umno dan PAS memainkan sentimen perkauman untuk menarik orang Melayu dengan mendakwa PH dikuasai oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan.


 Dalam pada itu, Mohamad menyeru pengundi DUN Rantau khususnya orang Melayu tidak mempercayai momokkan bahawa nasib mereka tidak terbela di bawah PH dan menyokong calon PH bagi kelestarian kehidupan dan kawasan berkenaan.


PRK DUN Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, calon Barisan Nasional (BN) yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan serta dua calon bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin. — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel