Connect with us

Berita Lain

Tokoh korporat terkemuka guna firma guaman terima cek RM2.5 juta – saksi

foto sumber internet 



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa seorang tokoh korporat terkemuka yang rapat dengan Najib Razak menggunakan sebuah firma guaman untuk menerima pembayaran cek berjumlah RM2.5 juta pada 2015 daripada bekas perdana menteri itu.


Peguam Ashraf Razak, yang merupakan saksi ke-18 pendakwa, mengesahkan bahawa pelanggannya, Habibul Abdul Rahman menyerahkan cek daripada Najib yang dibuat kepada firma guaman Tetuan Zulqarnain & Co.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ashraf berkata beliau kemudian diminta menandatangani nota sebagai pengakuan terhadap pembayaran bagi yuran kontrak pertahanan.


Selepas firma guaman itu menunaikan cek berkenaan, Ashraf, yang merupakan rakan kongsi di Tetuan Zulqarnain & Co, memberi keterangan bahawa Habibul mengarahkan supaya cek dikeluarkan untuk isteri dan anak-anak Najib.


Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, bagaimana beliau mengenali Habibul Rahman, Ashraf menjawab: “Saya adalah peguam peribadi kepada tokoh korporat itu sejak tahun 1996.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Saifuddin: Boleh beritahu mahkamah, bagaimana kamu terima cek ini?


Ashraf: Saya dimaklumkan oleh Habibul terdapat pembayaran bagi yuran kontrak pertahanan, di mana saya diminta untuk menerima pembayaran itu.


Dia (Habibul) kemudian memaklumkan pecahan pembayaran akan diteliti kepada saya.


Saifuddin: Selepas terima cek apa berlaku?


Ashraf: Selanjutnya saya depositkan cek itu dan tunggu arahan daripada Habibul Rahman untuk mengeluarkan pembayaran daripada wang berkenaan.


“Arahan secara berkala juga diberi untuk mengeluarkan cek kepada pihak lain yang ditentukan oleh beliau serta beberapa cek tunai,” katanya pada perbicaraan kes yang masuk hari kelapan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.


Saifuddin: Pernah bertanya kepada beliau siapa yang keluarkan cek?


Ashraf: Tak pernah… sebab saya sudah lama kenal beliau (Habibul) dan disebabkan kedudukannya yang disegani sebagai tokoh korporat dan ahli pengarah beberapa syarikat berkaitan kerajaan. Jadi, saya tidak pernah terfikir untuk bertanya.


Saksi pendakwaan ke-18 itu berkata, semua pembayaran berjumlah RM2.5 juta itu sudah dilunaskan termasuk bayaran guaman kepada pihaknya yang berjumlah RM50,000.


Saifuddin: Kamu uruskan sampai habis RM2.5 juta itu?


Ashraf: Ya… semua pembayaran berjumlah RM2.5 juta itu sudah dilunaskan termasuk yuran guamannya berjumlah RM50,000.


Sementara itu semasa pemeriksaan bals oleh peguam pembelaan utama, Muhammad Shafee Abdullah, saksi berkata terdapat satu lagi kejadian di mana dia menerima wang bagi pihak Habibul.


Katanya, ini membabitkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Fuelsubs House Sdn Bhd, yang menguruskan subsidi minyak.


Adalah juga difahamkan semasa pemeriksaan balas itu bahawa Habibul adalah seorang akauntan bertauliah dan penganalisis politik.


Shafee: Apabila kamu berbual dengannya (Habibul), boleh kamu beritahu pengetahuannya dalam analisis politik adalah mendalam. Bukan sembang kedai kopi.


Ashraf: Ya.


Shafee: Kamu tahu dia bekalkan perkhidmatan dalam analisis politik, aspek strategik dan nasihat.


Ashraf: Ya


Shafee: Dia sering terlibat dalam program untuk melaksanakan analisisnya.


Ashraf: Tidak dalam pengetahuan saya.


Shafee kemudiannya mencadangkan bahawa Habibul terlibat dalam banyak perniagaan dan Ashraf keliru dengan tujuan cek bernilai RM2.5 juta itu. Walau bagaimanapun, saksi itu berpegang kepada apa yang dinyatakannya sebelum ini.


Habibul, dikatakan adalah penasihat media Najib dan sentiasa berperwatakan rendah.


Beliau dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif di Malaysia Airlines (MAS) pada September 2017. Dua minggu kemudian, Ireland Peter Bellew meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel