Connect with us

Berita Lain

Tular penganjuran besar-besaran pencarian Ashraf

Foto kononnya misi pencarian besar-besaran pelari Mohammad Ashraf Hassan yang hilang di Gopeng seperti tular di media sosial.


KAMPAR, 4 April — Penganjuran pihak tertentu dalam mencari peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan secara besar-besaran seperti yang tular di media sosial adalah tidak sesuai dan boleh membahayakan.


Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata penganjur program tersebut tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang butiran penganjur dinyatakan, dipercayai bagi mengelak dari dipanggil oleh pihak berkuasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Hasron Nazri berkata tindakan penganjur program itu juga menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab pihak berkenaan kerana tidak berani tampil ke hadapan.


“Satu usaha telah dijalankan pihak tertentu mengadakan pencarian secara besar-besaran sebagaimana yang ditularkan melalui media sosial iaitu pada Sabtu ini jam 8 pagi di Tapak Perkhemahan Gua Tempurung.


“Sehingga hari ini pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar dan Balai Polis Gopeng tidak menerima sebarang permohonan atau pemakluman dari mana-mana pihak untuk mengadakan program tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Hasron Nazri berkata pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporan mengenai tindakan pihak tertentu menyebarkan berita dan kenyataan tidak benar, berkaitan kes kehilangan Mohammad Ashraf di media sosial.


“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Hasron Nazri dalam kenyataan tersebut turut menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengadakan kutipan dalam jumlah tertentu bagi membantu Pasukan Penyelamat yang terlibat.


Dalam kejadian 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf, 29, yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu. — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel