Connect with us

Berita Lain

Tun Mahathir rasmi perlumbaan peringkat pertama LTdL 2019


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
hari ini merasmikan majlis pelepasan peringkat pertama perlumbaan basikal
berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 di hadapan KLCC di sini.
Tepat 12 tengah hari, beliau melepaskan 132 peserta daripada
22 pasukan yang akan berkayuh membabitkan laluan dari Kuala Lumpur ke Tampin,
Negeri Sembilan sejauh 176.9 kilometer (km).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum itu, ketibaan beliau diiringi isteri, Tun Dr. Siti
Hasmah Mohd. Ali, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Menteri Luar, Datuk
Saifuddin Abdullah.
Bagi perlumbaan pembukaan ini, kelebihan dilihat memihak
kepada pakar pendakian apabila melalui empat zon pendakian sepanjang perlumbaan
dengan tiga pendakian Kategori 3 iaitu Ampang Look Point, Bukit Tangga dan
Bukit Putus serta satu Kategori 2 di Genting Peres.
Pelumba juga akan melalui tiga zon pecutan di KM 25.4 Pekan
Batu 18, KM 110.6 Ampangan dan KM 138 Kuala Pilah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pelumba dijangka tiba di garisan penamat di Jalan Besar
Tampin sekitar pukul 4 petang.
LTdL 2019 menawarkan 4 kategori jersi yang bakal menjadi
rebutan iaitu juara Keseluruhan (jersi kuning), Raja Bukit (jersi merah), Raja
Pecut (jersi hijau) dan Juara Asia (jersi putih), selain Pasukan Terbaik
Keseluruhan dan Pasukan Terbaik Asia sepanjang jelajah lapan peringkat meliputi
jarak keseluruhan 1,225.8km. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel