Categories: Berita Lain

Tun M akui ketegasan kerajaan tangani rasuah sebabkan sokongan merudum

foto sumber internet



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) merosot kerana ketegasan kerajaan dalam memerangi perbuatan rasuah.


Dr Mahathir berkata terdapat kumpulan tertentu tidak lagi mendapat gaji ‘ekstra’ daripada pihak tertentu yang mengamalkan korupsi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“…di sini kita dapati orang ini sekarang ini tak dapat duit kerana gerakan antirasuah ini. Mereka marah kepada kerajaan…dulu boleh dapat, la (sekarang) ni tak boleh dapat.


“Jadi kita dapati sokongan merosot dalam kalangan kumpulan tertentu yang terkenal kerana mereka memang bukan hanya dapat gaji tetapi dapat gaji ‘ekstra’ daripada punca lain.


“Itulah sebahagian daripada sebabnya kita lihat undi kepada PH merosot,” katanya dalam satu temu bual khas sempena setahun pemerintahan PH di Putrajaya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Golongan kecewa


Dr Mahathir berkata golongan tertentu itu berasa kecewa apabila tidak lagi mendapat pendapatan tambahan setiap bulan hasil penyelewengan mereka.


Ini kerana jika mereka meneruskan perbuatan itu, mereka akan dikenakan tindakan, oleh itu mereka tidak menyokong kerajaan hari ini, katanya.


Perdana menteri berkata perbuatan memberi wang kepada golongan tertentu oleh kerajaan terdahulu juga menyebabkan golongan berkenaan kecewa dengan kerajaan PH.


“Memang kerajaan dahulu mereka beri duit yang banyak kepada macam-macam golongan, nelayan dapat gaji, kalau tak dapat ikan pun dapat gaji RM300 sebulan, bachelors (bujang) dapat RM450, BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) lagi, macam-macam orang dapat duit.


“Kalau kita nak amal benda yang semacam ini samalah kita juga korup macam itulah. Nak beli sokongan dengan memberi wang itu rasuah.


“Kita tak boleh buat macam itu dan kita tak ada duit pun nak buat pasal kita tak curi duit,” katanya.


Justeru, Dr Mahathir berkata kerajaan PH akan meneruskan usaha untuk mengubah mentaliti masyarakat supaya menolak amalan rasuah walaupun menyedari ia sesuatu yang sukar.


Beliau yakin pada masa depan masyarakat akan faham dan menghargai usaha murni kerajaan itu.


“Memang sukar tetapi kita hendak jadi rakyat berasa normal bagi mereka jika mereka tidak dibantu oleh orang yang berduit ini.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



“Lambat-laun mereka mesti tahu bahawa mereka akan mendapat gaji mereka, dan kami akan cuba menambah baik gaji mereka, tetapi selepas beberapa lama nanti rakyat akan mula menghargainya, orang ramai sudah tentu patut menghargainya kerana mereka tidak lagi perlu membayar duit ekstra kepada pegawai-pegawai yang korup,” katanya.


– Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

7 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

8 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago