Categories: Berita Lain

Budak 10 tahun ajar saya guna komputer, kata Mahathir

Foto oleh Bernama

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
menggesa rakyat menyesuaikan diri dengan
teknologi baharu agar mereka tidak ketinggalan dalam dunia baharu.
Berucap di majlis iftar Persatuan Murid-murid Tua Kolej
Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) di sini semalam, beliau berkata dunia kini menempuh
zaman baharu di mana pembelajaran di sekolah dilakukan mengikut cara berlainan,
bukan seperti ketika beliau di sekolah dulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hari ini kita menggunakan komputer dan benda-benda seperti
itu bagi mengajar di sekolah dan saya harap mereka dapat menyesuaikan diri
dengan sistem baharu pembelajaran ini.
“Saya percaya bila sesuatu sistem baharu dipakai oleh
kerajaan, ini akan memudahkan kanak-kanak yang belajar hari ini,” kata beliau.
Turut hadir isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd
Ali.
Dr Mahathir yang juga presiden seumur hidup SAHOCA,
mengingati pertemuannya dengan seorang gadis berusia 10 tahun di sebuah
syarikat yang mengajar beliau menggunakan komputer.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dia tahu lebih banyak, malahan dia mengajar saya sesuatu
yang agak baharu dan dia begitu tangkas menggunakan komputer.
“Dia ajar saya bagaimana melakukannya, tapi saya masih tidak
tahu bahagian mana perlu saya sentuh, tarik dan sebagainya,” kata beliau dan
menambah tidak mudah bagi orang tua seperti beliau memahami teknologi baharu.
Dr Mahathir juga mengimbau peristiwa beliau menjelaskan
kepada ibunya tentang bagaimana radio berfungsi selepas bapanya membeli alat itu
semasa beliau anak kecil.
“Saya beritahu ibu saya bahawa radio menerima berita dari
udara. Tidak ada wayar yang menghubungkan radio dengan stesen penyiaran. Tapi
beliau (ibunya) tidak percaya,” kata Dr Mahathir.
Mujurlah, kata beliau generasi muda hari ini boleh
menggunakan teknologi baharu kerana ia bukan sesuatu yang aneh bagi mereka. —
Bernama

Advertisement
Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago