Categories: Berita Lain

Kerajaan mahu Malaysia dikenali sebagai negara antirasuah dan intergriti

foto oleh Bernama



GENEVA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan Pakatan Harapan mahu Malaysia dikenali sebagai negara berintegriti dan antirasuah di persada antarabangsa.


Beliau berkata, susulan itu, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu dengan menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional serta melancarkan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 pada Januari tahun ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kami jimatkan sumber. Tetapi, kami juga tidak mahu mengabaikan kebajikan masyarakat. Kami mahu melihat bahawa selepas ini negara kita ditadbir urus dengan baik sekali,” katanya semasa berucap pada majlis iftar bersama rakyat Malaysia di sini malam tadi.


Dr Wan Azizah dalam lawatan kerja tiga hari ke negara ini bermula Selasa bagi mengetuai delegasi Malaysia ke edisi keenam Platform Global bagi Pengurangan Risiko Bencana.


Namun, Timbalan Perdana Menteri berkata, inisiatif itu yang juga landasan kepada perubahan yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan tidak dirasai oleh segelintir rakyat yang sukar menukar penetapan minda mereka setelah lebih 60 tahun di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pada majlis yang dihadiri komuniti Malaysia yang berkhidmat dengan badan antarabangsa di sini, Dr Wan Azizah juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang memilih untuk menukar kerajaan pada 9 Mei tahun lalu.


“Tahniah dan syabas pada semua kerana ini satu daripada apa yang kita jayakan bersama. Sebab kalau tidak kerana rakyat menukar kerajaan pada 9 Mei tahun lalu, sudah tentu tidak akan berubah nasib kita, dalam negara kita. Rakyat ialah mereka yang menjadi pejuang yang sebenar, terutamanya yang di luar negeri,” katanya.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu berbangga kerana berjaya menukar kerajaan dalam keadaan aman dan teratur, tanpa sebarang pertumpahan darah.


Terdahulu Dr Wan Azizah menerima kunjungan hormat Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, yang kemudian turut serta dalam majlis iftar berkenaan. – BERNAMA

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago