Categories: Berita Lain

Rasuah alat kereta kebal: Datuk Seri direman 4 hari

Seorang lagi suspek direman berhubung siasatan kes menerima
suapan bagi projek pembekalan peralatan kereta kebal milik agensi pertahanan
negara bernilai RM17 juta.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman
selama empat hari terhadap lelaki bergelar Datuk Seri itu bermula hari ini
sehingga Khamis selepas mendengar permohonan pegawai Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Terdahulu suspek berusia 39 tahun tiba di mahkamah kira-kira
jam 9.45 pagi dengan berbaju lokap SPRM dan tangan bergari.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pemilik syarikat pembekal peralatan alat ganti kereta kebal
itu ditahan kira-kira jam 11 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan
di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Penahanan lelaki terbabit menjadikan orang yang direman bagi
membantu siasatan kes berkenaan bertambah kepada tiga orang setakat ini.
Sebelum ini, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan
seorang lagi ketua pegawai kewangan (CFO) wanita sebuah syarikat swasta juga
direman membabitkan kes sama.
Media melaporkan, CEO lelaki bergelar Datuk bersama CFO
berkenaan disyaki menerima suapan berjumlah ratusan ribu ringgit daripada
beberapa syarikat berkaitan penganugerahan projek pembekalan peralatan kereta
perisai AV8 dan Adnan antara 2014 sehingga 2017.
Menurut sumber, SPRM merampas beberapa beg tangan mewah dan
mata wang asing di kediaman CEO berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

CEO berusia 45 tahun dan CFO berusia 53 tahun itu dilaporkan
ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada 12 Mei lepas.
Wanita terbabit direman selama empat hari dan dibebaskan
pada 16 Mei lepas, manakala CEO lelaki dibebaskan hari ini.
– Bernama

Advertisement
Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

5 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

6 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago