Categories: Berita Lain

Saman Kelantan terhadap Petronas selesai

TUN Dr Mahathir Mohamad ketika melakukan lawatan ke negeri Kelantan menerima kunjungan hormat Menteri
Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Bharu. – Foto oleh BERNAMA

Kes saman dikemukakan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung tuntutan royalti minyak sembilan
tahun lepas, akhirnya selesai selepas Kerajaan Negeri menarik balik saman itu
pada 13 Mei lepas.
Perkara itu dimaklumkan peguam Aleeya Elyana Ahmad Mahreez yang
mewakili Kerajaan Negeri kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache hari ini, dengan dihadiri Peguam
Persekutuan Siti Asmath Che Man, bertindak bagi Kerajaan Persekutuan, yang juga
defendan dalam kes saman berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Aleeya Elyana berkata, Kerajaan Negeri telah memfailkan
notis untuk tidak meneruskan saman terhadap Petronas pada 13 Mei lepas, namun
pihaknya tidak menerima apa-apa arahan berhubung saman ke atas Kerajaan
Persekutuan.
“Mahkamah menetapkan 21 Jun ini untuk pengurusan kes
selanjutnya (bagi kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Kerajaan
Persekutuan)” katanya.
Pada 2 Julai 2014, Mahkamah Persekutuan mengarahkan kes
saman itu dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan diselesaikan
melalui hujahan berkaitan isu undang-undang tanpa perbicaraan penuh mengikut
Kaedah 14A Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.
Dalam keputusan itu, panel lima hakim yang diketuai Hakim
Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong berkata tiada pertikaian fakta
dalam kes itu yang memerlukan mahkamah memanggil saksi-saksi untuk memberi
keterangan.
Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak
rayuan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26
April 2012, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kes
saman sivil itu ditentukan menerusi isu undang-undang.
Bagaimanapun, pendengaran berhubung isu undang-undang di
Mahkamah Tinggi belum lagi didengar.
Pada 30 Ogos 2010, Kerajaan Negeri selaku plaintif
memfailkan saman terhadap Petronas sebagai defendan tunggal. Bagaimanapun,
Kerajaan Persekutuan berjaya dalam permohonan untuk menjadi pencelah dan
dinamakan sebagai defendan kedua.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pernyataan tuntutan, Kerajaan Negeri menuntut syarikat
minyak itu membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa hadapan bagi hasil
minyak yang dikeluarkan di pesisir pantai Kelantan, seperti yang termaktub
dalam perjanjian carigali petroleum.
Kerajaan Negeri itu turut menuntut bayaran ganti rugi dengan
kos. Bagaimanapun, ia tidak menyatakan jumlah spesifik tuntutan terhadap
Petronas.
Dalam saman itu, Kerajaan Negeri itu menyebut bahawa dalam
Perjanjian Petroleum Kelantan yang dimeterai pada 9 Mei 1975, ia jelas tertera
Petronas harus membayar secara tunai lima peratus daripada hasil minyak, sama
ada daripada usaha carigali di kawasan pantai atau di pesisir pantai.
Dakwanya, satu klausa perjanjian itu menjelaskan bayaran
harus dibuat dua kali setahun, pada atau sebelum 1 Mac dan satu lagi sebelum 1
Sept.
Pada 7 Mac lepas, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali berkata Kerajaan Persekutuan akan membayar royalti minyak
kepada Kelantan selepas selesai prosiding penarikan balik saman terhadap
Petronas dan Kerajaan Pusat selesai.
– Bernama

Advertisement
Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago