Connect with us

Berita Lain

Sultan Johor dan Dr Mahathir bertemu kali kedua di Pahang



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama anaknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) akhirnya bersemuka di Pahang, selepas kontroversi membabitkan mereka menjadi topik hangat.

Menerusi laman sosial rasmi Sultan Ibrahim, beberapa keping gambar dimuat naik memperlihatkan Sultan Johor diiringi Tengku Mahkota Johor (TMJ) bersalaman dengan Dr Mahathir sewaktu tiba di Istana Abu Bakar, Pekan bagi menghadiri pengebumian Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sultan Ahmad Shah kembali ke rahmatullah semalam di Institut Jantung Negara sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan dengan penuh istiadat di Pekan.
Ini merupakan pertemuan kedua antara Dr Mahathir dan Sultan Johor sejak pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu yang mengembalikannya ke jawatan perdana menteri, selepas pertemuan pertama pada 10 Januari lalu di Istana Bukit Serene, lapor portal FMT.





(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selepas pertemuan di Istana Bukit Serene, berlaku beberapa peristiwa tegang membabitkan Istana Johor dan Putrajaya seperti isu ratifikasi Statut Rom, peletakan jawatan menteri besar Johor, cadangan mengganti perdana menteri dan projek pembinaan laluan keretapi ke Singapura.

Dr Mahathir pernah membuat kenyataan bahawa hanya rakyat boleh mengubah kedudukan perdana menteri sebagai respons kepada kenyataan Tunku Ismail sebelum itu yang mencadangkan perdana menteri ditukar.
Turut hadir pada majlis sama adalah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan orang kenamaan lain.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel