Categories: Berita Lain

Bantah kerajaan, rakyat dinasihatkan jangan sampai angkat senjata – Mat Sabu

foto sumber internet



SUNGAI PETANI, 24 Mei — Rakyat terutama golongan muda diingatkan supaya membangkang secara demokrasi dan tidak sesekali mengangkat senjata jika tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak terutamanya kerajaan.


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata banyak negara Islam musnah akibat perang saudara yang berpunca daripada tindakan keterlaluan yang akhirnya menyebabkan seluruh rakyat menderita.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kalau tak setuju dengan mana-mana pihak termasuk pemerintah, tak apa, sebab itu kita ada pembangkang, buatlah tunjuk perasaan, hantar memorandum tapi jangan sesekali angkat senjata dan buat alat-alat letupan.


“Terlibatlah (membangkang) dalam cara demokrasi, kalau mula angkat senjata, lihatlah kehancuran seperti di Iraq, Syria, Somalia, Afghanistan dan kehancuran di Libya, dulu eksport minyak sekarang eksport pelarian,” katanya di sini semalam.


Beliau berucap pada majlis Perjumpaan dan Berbuka Puasa Bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Utara di Kem Lapangan Terbang di sini. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Mohamad berkata semua pihak perlu terus menjaga keamanan dan ketenteraman negara serta menerima mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum sebagai pemerintah.


Katanya rakyat bebas untuk bercakap atau memberi pandangan dan sebagai menteri, beliau akan mendengar serta mengambil iktibar terhadap setiap teguran dengan penuh teliti.


Sementara itu, Mohamad berkata pihaknya akan terus berusaha untuk mengangkat martabat warga ATM kerana pasukan keselamatan merupakan kebanggaan negara.


”Bagi veteran ATM, kerajaan sentiasa kenang jasa veteran yang telah berkhidmat kepada negara dan pelbagai bantuan demi kebajikan mereka akan terus disalurkan,” katanya.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Pada majlis semalam, Mohamad menyampaikan cek berjumlah RM39,500 kepada lapan persatuan veteran ATM bagi zon Utara serta menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 31 anak-anak yatim bekas perajurit. — Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

4 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

8 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

13 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago