Connect with us

Berita Lain

Sultan Nazrin: Gantung tugas pengerusi masjid, surau anjur program parti politik



Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan agar pengerusi jawatankuasa masjid dan surau yang membenarkan premis mereka digunakan untuk program parti politik, digantung tugas, sementara siasatan ke atas mereka dijalankan.

Menurut kenyataan media oleh Pejabat Sultan Perak hari ini, Dato’ Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Abd Rahim Mohamad Nor, berkata, cadangan penggantungan tugas itu dibuat Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Mohd Yusof Husin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, sementara penggantungan tugas itu, Sultan Nazrin menitahkan agar tanggungjawab pengerusi jawatankuasa masjid dan surau diserahkan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah, selaras dengan Peraturan 10(2), Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak 2015.
“Baginda menitahkan Pengarah JAIPk melakukan siasatan lengkap untuk dipersembahkan kepada baginda mengenai program yang dianjurkan atas nama parti politik dan penyampaian ceramah agama oleh penceramah tidak bertauliah,” katanya.
Beliau berkata ceramah berkenaan berlangsung di Masjid al-Khairiah, Kampung Banjar Hilir, Teluk Intan pada 21 Mei, dan di Surau Al-Ittihad Kampung Temiang di sini pada 24 Mei serta program atas nama parti politik di Surau Diri Jumaat Al-Taufiqiah Taman Klebang Jaya, Chemor pada 22 Mei.
Menurut Abd Rahim, Sultan Nazrin bertitah demikian semasa menitah menghadap Ketua Polis Perak Razaruddin Hussain @ Abd Rasid; Pengarah JAIPk; Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang kini dipangku oleh Mohd Haidi Sulaiman petang semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, Sultan Nazrin turut menitahkan pemimpin enam parti politik utama di Perak menghadap baginda iaitu Pengerusi Bersatu negeri, Ahmad Faizal Azumu; Penasihat DAP negeri, Ngeh Koo Ham; Pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi; Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Saarani Mohamad; Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria dan Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, petang semalam.


Abd Rahim berkata Sultan Nazrin menerima banyak aduan mengenai program yang dianjurkan atas nama parti politik dilangsungkan dalam bangunan dan perkarangan masjid atau surau di negeri Perak.
“Baginda disembah maklum, terdapat pemimpin daripada parti politik berceramah agama tanpa mendapat tauliah daripada MAIPk atas nama parti politik, dilangsungkan dalam masjid dan surau tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa agama Islam negeri.
“Setelah dipersembahkan taklimat, baginda berpuas hati terdapat asas kebenaran aduan yang diterima daripada ramai ahli kariah mengenai parti politik di Perak menganjurkan aktiviti dalam bangunan dan kawasan masjid dan surau, juga pemimpin parti politik berceramah agama tanpa tauliah,” katanya.
Abd Rahim berkata dalam sesi menghadap tersebut Sultan Nazrin menegaskan pendirian baginda selaku Ketua Agama Islam negeri untuk tidak membenarkan sebarang program dianjurkan atas nama parti politik dalam bangunan dan kawasan masjid atau surau.
Mencerita lanjut mengenai kualiti songkok itu, Sardi yang mula berkecimpung dalam bidang pembuatan songkok sejak berusia 18 tahun berkata Songkok Gaya Tun dihasilkan dengan baldu terbaik selain jahitan tangan yang kemas serta mempunyai corak dalaman yang berbeza berbanding songkok lain yang ada di pasaran.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Saya pernah ditegur seorang pelanggan agar memberi kelainan sehinggalah beberapa kali percubaan akhirnya tampil dengan reka bentuk yang menawan hati Dr Mahathir hingga perdana menteri menjadi pelanggan tetap di gerai ini,” katanya yang mewarisi kemahiran membuat songkok dari arwah bapanya yang berasal dari Sumatera Barat.

Sardi berkata, memandangkan sambutan yang menggalakkan terhadap songkok itu, beliau bercadang untuk memperluaskan pasaran songkok itu ke seluruh negeri ini mulai tahun depan dengan kerjasama sebuah syarikat swasta dari Kuala Lumpur.
“Sekarang ini songkok ini hanya boleh didapati di Kompleks Pekan Rabu, di sini sahaja tapi lepas ini kita akan memasarkan di seluruh negeri ini sebelum diedarkan di seluruh negara dan ke negara jiran termasuk Indonesia kerana nama beliau (Dr Mahathir) memang sudah terkenal di seluruh dunia,” katanya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel